1. Contoh soalan dan jawapan
esei novel Kabus Di Perbukitan
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga
latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (7markah)
Model Jawapan- novel Kabus Di Perbukitan
Novel yang
telah saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam
novel tersebut ialah masyarakat yang penyayang.
Contohnya Faridah sangat menyayangi ibunya Salmah. Dia tetap tinggal bersama-sama ibunya
walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menemani dan menjaga
ibunya.
Selain itu
terdapat juga masyarakat yang taat kepada perintah Tuhan. Ini jelas dibuktikan dengan Faridah tetap
melaksanakan perintah Alllah dengan tidak meninggalkan solat wajib dan sentiasa
melaksanakan solat sunat Tahajud walaupun dia tinggal di New Zealand.
Akhir
sekali, ialah terdapat masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel ini. Contohnya Mejar (B) Kamarudin tetap mencari
anaknya Faridah yang hilang akibat kemalangan di Bukit Fraser bersama-sama
rakannya Buyung walaupun pihak mencari dan menyelamat telah menghentikan
operasi mencari Faridah dan anak muridnya Iqbal yang masih hilang.
2.
Contoh jawapan
esei novel Melunas Rindu
Novel yang telah saya pelajari ialah novel Melunas
Rindu. Antara latar masyarakat yang
terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang penyayang. Contohnya Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak
Salmah dan dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah
kepada ibu bapa angkatnya itu.
Selain itu terdapat juga masyarakat
yang taat kepada perintah Tuhan. Ini jelas
dibuktikan dengan Fuad yang sentiasa solat berjemaah di surau di kampungnya
Danau Seberang dan selepas waktu Maghrib dia akan belajar mengaji dengan Pak
Ismail. Dia tidak pernah meninggalkan
solat walau di mana dia berada.
Akhir
sekali , terdapat masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel ini. Contohnya Fuad bertanggungjawab dan tidak
pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya
yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
3.
CONTOH SOALAN DUA NOVEL(PERBANDINGAN)
Berdasarkan dua buah novel yang anda
pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (8
markah)
Contoh jawapan:
Dua
novel yang saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan dan Novel Melunas
rindu.
Terdapat latar
masyarakat yang penyayang dalam kedua-dua novel yang saya kaji ini. Contohnya dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah
sangat menyayangi ibunya Salmah. Dia
tetap tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali
kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.
Manakala dalam novel Melunas Rindu, Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak
Salmah dan dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah
kepada ibu bapa angkatnya itu.
Selain
itu terdapat masyarakat yang taat pada perintah Tuhan. Contohnya dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah
tetap melaksanakan perintah Alllah dengan tidak meninggalkan solat wajib dan
sentiasa melaksanakan solat sunat Tahajud walaupun dia tinggal di New Zealand. Manakala dalam novel Melunas Rindu pula, Fuad
yang sentiasa solat berjemaah di surau di kampungnya Danau Seberang dan selepas
waktu Maghrib dia akan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Dia tidak pernah meninggalkan solat walau di
mana dia berada.
4.
CONTOH
SOALAN DUA NOVEL (PERBANDINGAN)
Masyarakat yang penyayang sering dikemukakan oleh pengarang
dalam novel untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan latar
masyarakat yang penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Contoh Jawapan:
Dua
novel yang saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan dan Novel Melunas
rindu.
Memang terdapat
latar masyarakat yang penyayang. Contohnya
dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah sangat menyayangi ibunya Salmah. Dia tetap tinggal bersama-sama ibunya
walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menemani dan menjaga
ibunya. Manakala dalam novel Melunas
Rindu,masyarakat penyayang digambarkan melalui watak Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dan
dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah kepada ibu
bapa angkatnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan