SENARAI PERIBAHASA
(PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS
TINGKATAN 1 - 3
TINGKATAN 1 - 3
BIL
|
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
|
MAKNA
|
1
|
Air beriak
tanda tak dalam
|
Banyak
bercakap tanda tiada berilmu.
|
2
|
Alang-alang berminyak biar licin
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
3
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
|
Kalau sudah
terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
|
4
|
Ayam di kepuk
mati kelaparan, itik di air mati kehausan
|
Sangat
menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
5
|
Bagai air
mencari jenisnya
|
Berusaha untuk
mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih
payah.
|
6
|
Bagai ayam disambar
helang
|
Mati tanpa
sakit.
|
7
|
Bagai cendawan
tumbuh selepas hujan
|
Terlalu banyak
pada sesuatu masa.
|
8
|
Bagai cincin
dengan permata
|
Pasangan
pengantin yang sepadan.
Contoh ayat:
Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
|
9
|
Bagai kerakap
tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
|
Hidup dalam
kemelaratan.
Kerakap
sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.
|
10
|
Bagai
layang-layang putus tali
|
Tiada
berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
|
11
|
Bagai menatang
minyak yang penuh
|
Memelihara
anak dengan penuh kasih sayang.
|
12
|
Bagai minyak
dengan air
|
Orang baik
kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
|
13
|
Bagai murai
dicabut ekor
|
Orang yang
suka bercakap.
Perempuan yang
suka bercakap banyak.
Contoh ayat:
Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.
|
14
|
Bagai pucuk
dilancarkan
|
Amat cepat.
|
15
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
|
Perangai anak
biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
|
16
|
Baik membawa
resmi padi daripada resmi lalang
|
Tidak sombong;
rendah diri.
|
17
|
Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar
|
Sesekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
18
|
Belum duduk
sudah berlunjur
|
Belum
memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.
|
19
|
Berat mata
memandang berat lagi bahu memikul
|
Betapa berat
kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.
|
20
|
Berjagung-jagung
dahulu sementara padi masak
|
Sementara
menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
21
|
Biar jatuh
terletak, jangan jatuh terhempas
|
Lebih baik
menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
|
22
|
Biar mati anak
jangan mati adat
|
Adat yang
tidak boleh dilanggar.
|
23
|
Biar putih
tulang jangan putih mata
|
Lebih baik
mati daripada menanggung malu.
|
24
|
Carik-carik
bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
|
Perselisihan
faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.
|
25
|
Diam-diam ubi
berisi; diam-diam besi berkarat
|
Orang berilmu
yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
|
26
|
Diibaratkan
sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
|
Memberi
pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
|
27
|
Dimana ada
kemahuan, disitu ada jalan
|
Seseorang yang
bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
|
28
|
Genggam bara
api biar sampai jadi arang
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
29
|
Harimau mati
meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
|
Orang baik
meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia
akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
|
30
|
Hendak belajar
berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak
mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
|
31
|
Hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih
|
Setiap yang
berkemahuan, tentu ada jalan.
|
32
|
Ibarat burung,
mata terlepas badan terkurung
|
Tidak ada
kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat:
Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.
|
33
|
Jika ada
kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja.
|
34
|
Kalau tak
berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
|
Tentu ada
sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian
meninggalkan kesan.
|
35
|
Kalau tiada
rotan akar pun berguna
|
Sesuatu
perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
|
36
|
Kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
Kita tidak
akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
|
37
|
Kalau tidak
kerana angin tidak akan pokok bergoyang
|
Kalau terjadi
sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
38
|
Perempuan
serasan, lelaki pemalu
|
Pegangan hidup
yang tidak serupa.
|
39
|
Sebagai
gembala diberi keris
|
Orang yang
mendapat sesuatu yang tidak berguna.
|
40
|
Sekali membuka
pura, dua tiga hilang berbayar
|
Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
41
|
Semacam besar
pacak daripada tiang
|
Belanja lebih
besar daripada pendapatan.
|
42
|
Seperti air
dalam dulang
|
Negeri yang aman
sentosa.
|
43
|
Seperti api di
dalam sekam
|
Kejahatan yang
dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
|
44
|
Seperti aur
dengan tebing
|
Dua orang yang
berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat :
Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing.
|
45
|
Seperti aur
ditarik songsang
|
Pekerjaan atau
perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
|
46
|
Seperti embun
dihujung rumput
|
Tidak kekal
|
47
|
Seperti
harimau menyembunyikan kukunya
|
Orang yang
menyembunyikan kelebihannya.
|
48
|
Seperti hujan
jatuh ke pasir
|
Nasihat yang
tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat:
Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
kerana kedegilannya.
|
49
|
Seperti lintah
menghisap darah
|
Meletakkan
faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
|
50
|
Seperti lipas
kudung
|
Selalu
bergerak dengan cepat.
|
51
|
Ular menyusur
akar tidak akan hilang bisanya
|
Orang besar
yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat :
Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
menyusur akal takkan hilang bisanya.
|
52
|
Yang dikejar
tak dapat yang dikendong berciciran
|
Terlalu tamak
untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah
dimiliki.
|
14 ulasan:
assalam cikgu saya rabiatul kelas 1 dahlia.. cikgu ni salin ke?? kat buku mana???
assalamualaikum Rabiatun
Latihan peribahasa tak perlu buat
buat latihan di link ini
http://cikguchom.blogspot.com/2015/04/tugasan-novel-sejambak-bakti-tingkatan.html
saya suka blog ni.. ia penuh dgn peribahasa..
Assalamualaikum cikgu. saya ingin mengambil ilmu yg ada pada blog cikgu ye.untuk rujukan saya.terima kasih dan halalkan ye :)
Assalamualaikum,
saya mengambil bahan ilmu dalam blog cikgu untuk bahan rujukan saya, mdh2an usaha puan ini sentiasa dilimpahi rahmat,Terima kasih dan halalkan.
Pn. fatimah
Assalamualaikum cikgu...saya mohon share senarai peribahasa cikgu utk rujukan. Mudah-mudahan dihalalkan dan saya doakan semoga usaha cikgu mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah S.W.T.
Ada tingkatan satu sahaja tak?
Assalamualaikum cikgu saya suka peribahasa ini tetapi tiada banyak peribahasa
terima kasih cikgu . Mohon keizinan untuk berkongsi ilmu yang ada dalam blog cikgu.
Terima kasih cg,mohon share
Terima kasih,cikgu. Terbaiklah peribahasa ni
Assalamualaikum. terima kasih perkongsian ini. Mohon izin untuk digunakan bersama anak pelajar. Semoga tuan/puan dirahmati Allah.
Cikgu sya nk minta izin ingin salin semua peribahasa di sini
Terima kasih cikgu
Catat Ulasan