SINOPSIS UMUM
NOVEL SILIR DAKSINA
Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimi yang
hidup bersama-sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik tirinya, Nurul Asiyah di
Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Haiqal terpisah dengan
bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan.
Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar
Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan
budaya. Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga
tahun.
Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12
tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya
untuk menziarahi jenazah tetapi melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan
dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat
melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun
dia amat menyayangi uminya dan tidak berani membantah kata-katanya. Pada suatu
hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis
berbangsa Cina melalui kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk
pergi ke Batu Pahat, iaitu tempat arwah bapanya tinggal. Manuskrip yang
diterima itu menceritakan pelbagai peristiwa berkaitan dengan kehidupan bapanya
yang melibatkan diri dalam aktiviti untuk memperkasa seni dan budaya zapin.
Justeru, Haiqal berasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu
bagi mengubat kerinduan yang ditanggung olehnya sejak kecil.
Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke
kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu
dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan
ayahnya sudah lama meninggal dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras
dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan
memberikan wang kepadanya sekiranya dia kekampung arwah ayahnya itu. Walid
memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berack di Johor kelak.
Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid dan
adik tirinya, Nurul Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu.
Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu
Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki
sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.
Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang
rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya
menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama
kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke
rumah arwah ayahnya. Haiqal disuruh berehat dan dia akan membawa Haiqal makan
tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil
dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan adalah
lebih hebat daripada yang dia sangkakan.
Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk
membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong
memberitahu bahawa banyak kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang
amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebuh getah milik arwah ayah
Haiqal dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada
urusan di bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah
restoran. Di restoran itu, See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat
tinggal masing-masing. Pada waktu itu, Haiqal teringatkan rakan karibnya,
Ratna. Sejak tiba di kampung pada pagi itu, dia masih belum menghantar SMS
kepada Ratna. Semasa makan, See Hwa memberitahu bahawa ayah Haiqal pandai
memasak ciii padi ikan haruan. Haiqal merasakan bahawa See Hwa beruntung kerana
dapat merasai kasih sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi kekosongan jiwa
arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See
Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Dia jugs membuat telahan bahawa
watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See
Hwa.
See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan
mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak
dibelinya manakala Haiqal membeli majalah yang berkaitan dengan bahasa dan
sastera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yang sama.
Pertemuan itu telah menimbuikan kemesraan antara mereka berdua. Pada petang
itu, Haiqal tersedar daripada tidurnya. Haiqal membaca SMS yang dihantar oleh
Nurul Asiyah dan membaiasnya.
Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang
dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke
atas nabi, seterusnya membaca surah Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal,
hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikalnya berhampiran dengan
sekumpulan remaja yang sedang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak
Cik Bakar. Pak Cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih
lanjut tentang arwah ayahnya. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di
masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar,
Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.
Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di
situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan
buku-buku milik arwah ayahnya juga dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa
ayahnya benar-benar seorang penari zapin. Di warung, Haigal bertanya tentang
Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa perkara itu ada dalam manuskrip
ayahnya. See Hwa memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya perkara yang
tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia.
See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akademi Sastera
Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan kampung Seri Purnama
sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat
mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat
dengan sastera.
Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan persembahan
tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat
untuk membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan
Haiqal itu diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas
sempena majlis yang bakal diadakan itu turut dilakukan pada malam tersebut.
Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung
kelak. Oleh itu, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan oleh penduduk
kampung. Haiqal juga turut serta dalam membuat persiapan itu. Tauke Ong
mencadangkan agar Haiqal turut mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila
Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman
bersungguh-sungguh mahu mengajarnya tarian zapin.
Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada
walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan Nurul
Asiyah mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada
hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa
kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan
supaya See Hwa menggantikan Lazim memandangkan Lazim tidak dapat menjadi
pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiqal
memujuk See Hwa untuk menari zapin dengannya.
Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong
tentang tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya pada malam
itu. Haiqal terkejut apabila mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin. See
Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk
membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya bagi
menggantikan tempat Lazim.
Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan
tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terpesona melihat
kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal
terpandang uminya, walid, dan Nurul Aisyah yang sedang berdiri di belakang
balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal amat terharu dan
bersyukur apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.
Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti
di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya terhadap ayahnya juga
telah lebur apabila uminya datang ke Kampung Seri Purnama untuk melihat dia
menari zapin. Umi Haiqal sedar bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap
pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh
dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan.
Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama, See Hwa telah menangis. Haiqal
sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula.
Hasrat itu masih terlalu jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum
layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-benar
mendamaikannya.
1 ulasan:
Are you a newbie in the world of GDAX digital wallet? Do you want to understand the function of GDAX wallet? To get each and single information about GDAX, all you can dial GDAX support and get in touch with the professionals who are available day and night and are always there at the service of the users. Whether its day or night, you can always speak to the professionals and they will be ready to assist you at any point of time. Their motto is to serve the users.
Catat Ulasan