HALAMAN 2

Memaparkan catatan dengan label ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2020

Analisis Sajak - Pada Sekuntum Mawar



PUISI MODEN :  Sajak Pada Sekuntum Mawar
                karya Mahwa Mohamed




Sehelai kelopakmu gugur;
 adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
Rangkap 1: 

Maksud Sajak  Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika  maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang kematian anginan
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
 pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Rangkap 2:

Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.



Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.





Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,  
Rangkap 3 :

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.




1.0       Tema sajak:

Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

2.0       Persoalan:

1.  Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.

2.  Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

3.   Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.

4.  Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.


3.0 Bentuk:

(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

 Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;
                  • rangkap 2: enam baris;
                  • rangkap 3: lima baris.

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.

Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)

(e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. 0 Unsur bunyi

Asonansi.

Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);

     Aliterasi.

Contohnya, • seperttelah menutup. (perulangan konsonan t);

5.0 Gaya Bahasa


Gaya Bahasa
Contoh
   
Sinkope
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
    
Penggunaan unsur alam.
malam; angin; laut;
 .   
Simile
seperti telah menutup.

      6.0              Nilai dan Pengajaran


Nilai
Pengajaran
 .   
Nilai  kasih sayang
Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
    
Nilai  berwaspada.
Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .
    
Nilai  kesedaran.
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.















Analisis Sajak - Kucari Damai Di Sini



PUISI MODEN :  Sajak Kucari Damai Di Sini 
              (A. HAMID JEMAIN)


Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.

Rangkap 1: 

Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa kemanusiaan.


Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

Rangkap 2: 

Penyajak menyatakan bahawa kedamain juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik dalam diri manusia.


Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.





  antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,  

Rangkap 3:

Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

1.0       Tema sajak:
2.0         
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.

Contoh:
       Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan datang.

2.0 Persoalan:

1.    Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
2.    Persoalan  negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3.    Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4.    Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5.    Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
3.0 Bentuk:

1.    Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2.     Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

Contohnya,:

• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;

3.    Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan

4.    Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.

Contohnya, dengan kasih sayang
                   yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi

5.    Sajak ini berbentuk bebas.

6.    Nada patriotik.

4. 0 Unsur bunyi:

    1.    Asonansi.

Contohnya, • bersemarak di laman sukm(perulangan vokal a);

    2.    Aliterasi.

Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);

5.0      Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh
      
Hiperbola
membebat perasaan kehidupan
    
Penggunaan unsur alam.
tanah
     
Repetisi.
Kucari damai di sini

     6.0     Nilai dan Pengajaran


Nilai
Pengajaran

     
Nilai kedamaian
Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan dan mengekalkan kedamaian.
    
Nilai patriotisme
Kita hendaklah mencintai negara yang merdeka ini.
.  
Nilai hormat-menghormati
Kita mestilah saling hormat-menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.














Selasa, 3 Mac 2020

Analisis Sajak Roti




Image result for gambar orang makan roti

Sajak Roti
(Ahmad Syahrul Wahid)


Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kalau roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.




Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.


(Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik
Budi Indah Bahasa,Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

       1.   Maksud sajak


Rangkap
Maksud Sajak
1
Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.
2
Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.
3
Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.
4
Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.
5
Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.


2.   Tema

      Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

3.   Persoalan

   Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
   Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
   Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
   Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
   Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.

4.   Bentuk

   Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
   Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris

   Jumlah suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata.
   Sajak ini berbentuk bebas.

5.   Unsur Bunyi

  Asonansi.
Contohnya selera kian meggelepar (vokal = a)

  Aliterasi
Contohnya: Bila begitu selamanya (konsonan = b)

6.   Gaya Bahasa

  Hiperbola
Contoh: nafsu makan pun bergelora

  Inversi
Contoh: harum berbau juadah tersohor.

  Metafora
Contoh: percikan iman.

  Simile
Contoh: terhidang seumpama permaidani terhampar.

7.   Nilai dan Pengajaran


Nilai
Pengajaran
Nilai kesabaran
Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
Nilai
kesyukuran
Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan.
Nilai keimanan
Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.

Image result for gambar orang makan roti