HALAMAN 2

Jumaat, 17 April 2020

JAWAPAN LATIHAN PKP - NOVEL DI SEBALIK DINARA




SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA  & LATIHAN PKP FASA  3
NOVEL DI SEBALIK DINARA

Nama: Chow Shu Ling
Tingkatan : 4ST                                                  Tarikh:  6/42/2020

Lengkapkan sinopsis novel ‘Di Sebalik Dinara’  dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai . sila gunakan font berwarna biru.

      Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis bernama Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar iaitu (a) Soft Lab.√
      Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang dikenali sebagai (b) Secured Shell Sdn. Bhd.√  Akram berusaha untuk membawa Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana amat memerlukan (c)kepakaran √ Farisha untuk menyelamatkan Dinara.  Kebetulan, rakan serumah Farisha, iaitu (d) Shida √ telah ditawarkan sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara.
      (e) Dinara √ sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina.  Semasa di Soft Lab, Farisha berasa pening kepala.  Farisha berada di bawah sedar dan mampu (f) berkomunikasi √ dengan Karl dalam keadaan tersebut.
      Karl telah mereka khas (g) mikrocip √yang tertanam di tubuh Farisha.  Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan (h) pemikirannya  √ kepada Farisha.  Dr. Maxi berjaya menyakinkan Shida agar (i) menggantikan √ tempat Farisha.  Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan ke tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
      Azraai memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah (j) Marilyn √wanita Portugal.  Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail.  Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat untuk (k) menyembunyikan √  Farisha.  Hal ini demikian kerana ada pihak yang mahu mengancam keselamatan Farisha.
      Semasa Shida berada di bawah sedar, Karl telah (l) berada √ dalam tubuh Shida.  Karl yang menjalankan uji kaji sains telah mengubahkannya menjadi imej baharu.  Alia pula memperkenalkan dirinya yang sebenar.  Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl.  Nama sebenarnya ialah (m) Rusmina √  tetapi Karl telah  (n) menukarnya √ menjadi Alia.  Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi (o) Medina.√  Karl juga menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya.
      Akram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila Karl (p) mensabotaj √ Medina semasa menjalankan uji kaji.  Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila.  Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu dia telah diberikan (q) identiti √ yang baharu.  Umurnya 60 tahun bukan 30 tahun.  Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan (r) adik √ kepada Karl.  Dia terencat akal.  Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.

      Tepat jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.      Wasiat Karl adalah agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.  Upacara  menabur abu mayat dilakukan di Port Dickson.  Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida (s) mengungkapkan √ kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl.  Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl yang berkata-kata melalui (t) tubuh √ Shida.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima Kasih Anda Telah Membantu Hari Saya & Alhamdulillah Selesai Sudah Kerja Saya Yang Last Minit Ni Fuh 😪🙏🏻 Nah Hadiah Untuk Cikgu 🎁❤️ HEHEHEHEH Thank You 😘✨