HALAMAN 2

Isnin, 12 Oktober 2020

PEMBETULAN SOALAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2020 SMK CONVENT


iv) Novel

(i) Faktor-faktor mengapa Dr Maxi dan Aqram cuba mendapatkan Farisa

P1   mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya  

P2  untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara kerana Karl sakit 

P3  menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha /mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.  

(isi cukup 3 isi – 4 markah)                                                                  

 

ii ) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut

 

Bil

Persoalan(1 markah)

Huraian ( 1 markah)

 

Kecanggihan teknologi pada masa hadapan

v  Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.

v  Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.

v   

 

Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.

v  Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.

v  Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

 

Kasih sayang sesama ahli keluarga

v  Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.

v  Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.

 

Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan

masyarakat.

v  Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.

v  Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup  sebagai ateis.

 

Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

v    Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat

v     

 

Sikap prihatin terhadap rakan

v  Sebagai rakan yang prihatin,Shida dan Rosman melawat Farisha yang sakit dan dirawat di wad 2B. Rosman berasa terkilan kerana membiarkan Farisha bekerja sendirian

 

Keberanian dalam membuat keputusan

v  Farisha berani menerima tawaran daripada Soft lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran 1.5 juta

 

Ketabahan dalam menerima kenyataan

 

v  Farisha tabah menerima hakikat bahawa keluarga Azraai ialah keluarga angkatnya dan Karl serta Medina yang dikenalinya ialah ibu bapanya yang sebenar

 

Persoalan nilai kemanusiaan sesama insan

v  Dr. Maxi dan Aqram membantu Medina (Marilyn) melarikan Farisha untuk diserahkan kepada keluarga angkat kerana tidak sanggup melihat bayi itu terus dijadikan bahan kajian Karl.

 





























Tiada ulasan: