Nama : Tarikh:
Tingkatan:
GEMILANG RUMUSAN SET 2
Soalan 1: Rumusan
[30
markah]
Baca
petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat
sarapan dan punca-punca masyarakat tidak mengambil sarapan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengambilan
sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan pada
setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja.
Namun begitu, bagi sesetengah orang, bersarapan bukanlah satu kewajipan dalam
kehidupan mereka. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan
merupakan pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori
sepanjang hari. Tinjauan Pemakanan Dewasa Malaysia melaporkan, golongan dewasa
berusia antara 18 hingga 39 tahun tidak gemar mengambil sarapan berbanding
makan tengah hari dan malam.
Pengambilan
sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang
diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang
untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Oleh hal yang demikian, sarapan tidak
sepatutnya dipandang ringan oleh setiap individu. Masyarakat tidak menyedari
bahawa terdapat banyak impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang
tidak bersarapan berasa lebih lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti
yang banyak pada waktu makan seterusnya. Sesetengah masyarakat berpendapat
bahawa makanan alternatif seperti madu dan minyak zaitun boleh diambil ketika
sarapan kerana makanan tersebut dapat membekalkan tenaga kepada pengambilnya.
Banyak
kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan
seseorang, malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu lipoprotein
berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan
diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah.
Selain itu, pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Oleh hal yang demikian, mereka yang mengabaikan sarapan boleh membawa kepada
risiko mendapat penyakit berbahaya.
Waktu yang paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu yang mahu menurunkan berat badan. Makanan yana tinggi seratnya boleh mengenyangkan dalam tempoh yang lama dan mengurangkan selera makan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan. Kesimpulannya, masyarakat yang mementingkan kesihatan perlu mengutamakan pengambilan sarapan pada setiap hari. Antara sajian sarapan yang disyorkan oleh pakar pemakanan ialah makanan yang sihat, seimbang dan lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein, lemak serta sayur-sayuran.setiap hari. Antara sajian sarapan yang disyorkan oleh pakar pemakanan ialah makanan yang sihat, seimbang dan lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein, lemak serta sayur-sayuran.
Dipetik
dan diubah suai daripada 'Sarapan
CegahPenyakit' oleh Mohd. Faizal Mat Salleh,
Dewan
Kosmik, Bil 9 / 2018
Soalan 2 :
Pemahaman
Soalan 2 (a) — Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan I di
atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata amalan rutin. [2 markah
Jawapan:
(ii). Pengarang
ada mengemukakan beberapa kesan sekiranya masyarakat tidak mengambil sarapan.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
Jawapan:
iii. (iii) Pakar pemakanan ada menyatakan bahawa sarapan ialah sajian
awal perlu diambil pada setiap hari.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan
pengambilan sarapan dalam kalangan ahli keluarga? [4 markah]
Jawapan:
1 ulasan:
terima kasih cikgu
Catat Ulasan