SKEMA JAWAPAN SET 9
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
30
markah ]
Jawab
semua soalan.
(a) Tulis dua ayat
bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
i.
rendang
ii.
selak
ii iii.
perang
[6 markah]
Jawapan:
(i) rendang
- Beberapa orang petani itu sedang berehat sambil makan tengah hari di bawah pohon yang rendang di tepi sawah.
- Ibu sedang sibuk memasak rendang daging dan nasi jagung untuk hidangan kami sekeluarga pada tengah hari nanti.
(ii) selak
- Kebanyakan penduduk di kampung itu masih menggunakan sebatang kayu yang dipanggil selak untuk mengunci pintu atau tingkap rumah.
- Halaman muka surat buku teks Bahasa Melayu itu kuselak perlahan-lahan untuk mencari jawapan soalan pemahaman yang diberi oleh guru.
(iii) perang
- Ibu menceritakan bahawa kehidupan keluarga mereka sangat sukar ketika perang berlaku di Tanah Melayu sehingga terpaksa makan ubi kayu setiap hari.
- Perempuan Inggeris yang berambut perang itu memandang Ramli sambil tersenyum manis.
(b)
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
Jawapan:
(i) Danial meletakkan baju kotor itu ke dalam
bakul di hadapan biliknya selepas pulang dari sekolah.
(1) Daniel meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya.
(2) Daniel pulang dari sekolah.
(ii) Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian
dan kosmetik di premis perniagaan milik datuknya.
(1) Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian dan kosmetik.
(2) Afeeqah menjalankan perniagaan di premis perniagaan milik datuknya.
(iii) Simon bekerja sebagai pembantu di kedai
makan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarganya.
(1) Simon bekerja sebagai pembantu di kedai makan.
(2) Simon membantu menambahkan pendapatan keluarganya.
(a)[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Kerajaan bersedia untuk melanjutkan pemberian
rebet bil elektrik sehingga hujung tahun untuk diringankan beban rakyat.
(ii)
Melalui matapelajaran Sejarah, pelajar dapat
memahami pahit getir kehidupan rakyat pada zaman dijajah dan memupuk semangat
patriotik.
(iii)
Kerajaan sentiasa menggalakan murid aktif dalam
sukan yang di minati dengan menyediakan banyak kemudahan untuk besukan
di sekolah.
[6 markah]
Jawapan:
(i) kesalahan ejaan : rebet - rebat
Kesalahan imbuhan : diringankan - meringkankan
(ii) kesalahan ejaan : matapelajaran - mata pelajaran
Kesalahan imbuhan : dijajah - penjajahan
(iii) kesalahan ejaan : di minati - diminati
Kesalahan imbuhan : menggalakan - menggalakkan
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Dato' Wan Zahari telah merasmikan majlis tanah
pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di Rembau.
(ii) Pengetua telah
memberikan intensif sebanyak RM100.00 kepada semua pelajar-pelajar yang telah
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
(iii) Ahmad paling
dikenali sekali dalam kalangan rakannya sebagai seorang pelajar yang berhemah
ketika berbelanja.
[6 markah]
Jawapan:
(i) kesalahan penggunaan kata/istilah : selebar - seluas
Kesalahan tatabahasa : tanah pecah - pecah tanah
(ii) kesalahan penggunaan kata/istilah : intensif - insentif
Kesalahan tatabahasa : semua pelajar-pelajar - semua pelajar
(iii) kesalahan penggunaan kata/istilah : berhemah - berhemat
Kesalahan tatabahasa : paling dikenali sekali - paling dikenali
(e) Nyatakan
peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.
(i)
Pengantin yang bersanding di atas pelamin itu
kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.
(ii) Pak Abu akhirnya
berjaya menyiapkan sebuah rumah untuk keluarganya walaupun beliau hanya
berpeluang membina rumah itu pada hujung minggu sahaja atas kesibukan kerja.
(iii) Setelah sekian
lama berhijrah ke luar negara, akhimya Faim pulang ke kampung halamannya dan
membuka sebuah kedai runcit.
Jawapan:
(i) bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata
(ii) sehari selembar benang, lama-lama menjaldi kain
(iii)bagai ikan pulang ke lubuk, bagai belut pulang ke lumpur/setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
[6 markah]
1 ulasan:
terima kasih , peciu peciu ��
Catat Ulasan