BAHAGIAN
C : RUMUSAN
[30
Markah]
Baca
petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di
bawah,kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Malaysia
diiktiraf pada peringkat global sebagai
satu daripada destinasi pelancongan utama dunia, dengan kedudukan antara
10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong. Sektor pelancongan merupakan
industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju di Malaysia. Oleh itu,
faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut haruslah diberi
penekanan yang serius oleh semua pihak.
Malaysia
mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh, Malaysia
memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti
Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan
iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti menggamit hati para pelancong.
Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah
pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung
ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat
berharga kepada sektor pelancongan. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan
seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat dalam hati para
pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi
lambang kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya
dari negara maju beranggapan bahawa Malaysia merupakan destinasi
percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.
Pakar
runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di
negara ini juga tertarik oleh kemajuan ekonomi negara yang
pesat sehingga Lembah Klang menjadi tumpuan kerana
terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi
tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia
memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan
perubatannya melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan
bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga
meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga dengan pembinaan pusat
konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf
lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong
yang gemar menyertai perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat
antarabangsa.
Jelaslah
perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di
luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan
kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing.
Sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang maju,
politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik menjadi
resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30
juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan
yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.
(Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan Negara" oleh Danilah Kamarul)
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong dan usaha-usaha untuk meningkatkan industri pelancongan. [2 markah]
Isi-
Fokus 1 - Faktor
F1B1 - Rencana
Bahan 1
1.
Banyak tempat menarik
untuk dilawati.
2.
Keadaan iklim semula jadi
negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun.
3.
Malaysia memiliki sejarah
pembentukan negara bangsa yang sangat unik.
4. kepelbagaian budaya dan ethnik
5.
Kegiatan seni dan
manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban.
6.
Udara yang segar tanpa
pencemaran.
7. destinasi percutian yang murah dan kompetitif
kerana kadar tukaran asing yang menarik.
8.
Kemajuan negara yang pesat
9.
Kedudukan ekonomi yang
maju,politik stabil,sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik
Bahan 2 - Grafik
F1B2
1.
Terdapat lokasi yang cantik dan menarik
2. Bajet yang murah
2. dapat menimba pengalaman pelbagai budaya
4.
Pengangkutan yang mudah
untuk ke tempat-tempat pelancongan
Fokus 2- Usaha
F1B1
1.
Kerajaan memajukan sektor
pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya melalui
promosi.
2.
Pengajuran acara sukan
bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa
3.
Pembinaan pusat konvensyen
dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang.
Kesimpulan
:
1. Kesimpulannya,
kerajaan hendaklah memperkasakan sektor pelancongan agar negara lebih makmur.
2. Kesimpulannya,
sektor pelancongan hendaklah diperkasakan oleh pihak kerajaan agar negara lebih makmur. [ 2
markah]
Rumusan
membincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong dan usaha-usaha
untuk meningkatkan
industri pelancongan.
Antara faktor yang menarik kedatangan pelancong ialah terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati √ (F1B1) dan kemajuan negara yang pesat √ (F1B1) Selain itu, keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun √(F1B1) dan udara yang segar tanpa penncemaran turut menjadi faktor. √ (F1B1) Malaysia juga memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik.√(F1B1) Seterusnya, terdapat kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban (F1B1) dan pelancong dapat menimba pengalaman daripada kepelbagaian budaya yang ada. (F1B2)
Antara usaha untuk meningkatkan industri pelancongan ialah dengan penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa.√(F2B1) Seterusnya, pembinaan pusat konvensyen dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang.(F2B1)
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkasakan sektor pelancongan √ agar negara lebih makmur. √ K2
( 120 patah perkataan)
PENDAHULUAN (P) = 2
ISI (8) = 16
KESIMPULAN (K) = 2
______________________
JUMLAH = 20
BAHASA = 10
______________________
JUMLAH =30
______________________
4 ulasan:
assalamualaikum cikgu..saya nak minta izin guna bahan ini untuk pelajar sekolah saya.. terima kasih
walaikumsalam wbt
saya izinkan. semoga bermanfaat.
Mohon izin guna...sangat bermanfaat.
Salam cikgu saya mohon kebenaran untuk menggunakan bahan ini.. terima kasih atas perkongsian sangat bermanfaat.
Catat Ulasan