BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
SOALAN 9: RUMUSAN
Baca petikan dan grafik di bawah dengan teliti, kemudian
buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan sajak..
Bahan 1 - Petikan
Setiap tahun, ribuan orang
bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang disumbangkan untuk
kekal hidup. Kecederaan dan penyakit
tertentu boleh menyebabkan kadar darah seseorang menurun. Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka
tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh
mengakibatkan kematian. Umum
mengetahui bahawa menderma darah membawa 1 001 manfaat. Malah, menderma darah bukan hanya memberi
kelebihan kepada penerima tetapi juga faedah kesihatan kepada penderma,
selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain. Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus seperti kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology. Melalui pendermaan darah, penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Hal ini demikian kerana para penderma akan menjalani analisis secara percuma bagi mengetahui tahap kesihatan dan jenis darah mereka. Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan. Bagi
seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan, inilah masanya untuk
mengurangkan berat badan. Seterusnya,
menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu yang
seterusnya dapat membantu menjaga kesihatan anda. Sel darah merah banyak digunakan untuk
pesakit yang memerlukan transfusi darah apabila berlaku pendarahan berlebihan
seperti kemalangan, pembedahan atau tumpah darah semasa bersalin. Sel darah merah juga diperlukan untuk
transfusi darah secara berkala bagi pesakit talasemia, kanser, dan penyakit
buah pinggang demi mengekalkan kualiti kehdiupan yang baik. Masyarakat Malaysia sebenarnya
sudah mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian dari tahun ke tahun. Namun, masih ada yang ragu-ragu untuk
menderma darah sedangkan banyak manfaat kesihatan yang bakal diperoleh. Ramai antaranya fobia dengan darah dan
tidak kurang juga mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh
menggemukkan badan. Keadaan tersebut
berlaku akibat kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma
darah serta persepsi terpesong masyarakat yang berfikir mereka akan dapat
jangkitan penyakit HIV dan hepatitis dengan menderma darah. Tamsilnya, Pusat Darah Negara
(PDN) akan terus bergiat aktif bagi menggalakkan dan memberikan kesedaran
kepada orang ramai supaya menderma darah.
|
PENDAHULUAN -2m
|
PENDAHULUAN |
MARKAH |
P1 |
Rumusan
membincangkan manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan
menderma darah dan punca-punca/faktor/sebab
masyarakat tidak menderma darah. |
2 |
Isi-isi – 16 m
Fokus 1 - Baha 1 manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan menderma darah
F1B1
A1 |
Dapat membantu
menyelamatkan nyawa orang lain |
2 |
A2 |
Dapat mencegah
hemochromatosis iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh. |
2 |
A3 |
Dapat menurunkan
risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus. |
2 |
Dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada
peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. |
2 |
|
A5 |
Menjalani
analisis secara percuma. |
2 |
A6 |
Mendapat
manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan di hospital kerajaan. |
2 |
A7 |
2 |
|
A8 |
Dapat
merangsang pengeluaran sel darah baharu. |
2 |
Fokus 2 – Bahan 1
- punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak
menderma darah.
F2B1
B1 |
Fobia dengan
darah |
2 |
B2 |
Mempunyai
tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan. |
2 |
Kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang
manfaat menderma darah. |
2 |
|
B4 |
Persepsi
terpesong masyarakat. |
2 |
Fokus 2 Bahan 2 -
punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak menderma darah.
F2B2
C1 |
Masyarakat
takut gemuk selepas menderma darah. |
2 |
C2 |
Masyarakat
fobia/takut melihat jarum |
2 |
C3 |
Masyarakat
beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah. |
2 |
C4 |
Persepsi salah
bahawa mereka sangat lemah. |
2 |
KESIMPULAN – 2m
K1 |
Kesimpulannya,
masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit
dapat diselamatkan. |
2 |
K2 |
Kesimpulannya,
masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah. |
1 |
Contoh jawapan.
Rumusan membincangkan kelebihan
menderma darah dan punca-punca
masyarakat tidak menderma darah.(P1)
Antara kepentingannya ialah menderma darah dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain(A1) dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus.(A3) Seterusnya, menderma darah dapat mengurangkan berat badan (A7) dan merangsang pengeluaran sel darah baharu.(A8) Menderma darah juga dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.(A4)
Antara punca masyarakat tidak menderma darah ialah fobia dengan darah (B1) dan mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.(B2) Punca seterusnya ialah kerana kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah.(B3). Masyarakat juga fobia melihat jarum (C2) dan beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah.(C3).
Kesimpulannya,
masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit
dapat diselamatkan. (K)
(117
patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan