BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas
menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun
awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala
Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal
terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel
Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di
Soft Lab.
2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab
dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis
hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu
Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan
Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan
beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang
dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat
melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila
Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi
bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr
Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih
tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana
dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu,
reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri
kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh
Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr
Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara
Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua
watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat
terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui
Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung.
Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia
pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima
Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan
seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu
petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan
kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel
Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah
silam Khairul Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar
dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan
semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar
sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi
menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan
tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan
mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi
yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad
Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet
Karl. Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan
menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan