Salam Ramadhan yang semakin terasa kehadirannya. Janganlah putus berdoa supaya kita diberkati sepanjang bulan Rejab dan Syaaban dan dipanjangkan umur untuk berjumpa bulan Ramadhan AlMubarak yang dirindui. Bertekadlah untuk menjadikan Ramadhan 1434H kali ini akan menjadi Ramadhan yang penuh bermakna dan yang terbaik dalam kehidupan kita.
Kali ini cikgu akan menerangkan tentang kesalahan penggunaan kata ganti diri yang sering berlaku sama ada dalam penulisan mahu pun pertuturan lisan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa !!
Kesalahan dan kekeliruan Penggunaan Kata Ganti Diri
Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah ketidaktepatan penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat.
(Beliau, dia/ia, ianya, mereka dan kita/kami)
1. Penggunaan kata ganti diri 'Beliau'
Contoh Kesalahan.
a). Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Pak Mansur.
b). Budak kecil itu menangis. Beliau telah dipukul.
c). Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung.
Penggunaan yang Betul
a). Lelaki itu telah ditangkap. Dia pengedar dadah.
b). Budak kecil itu menangis. Dia telah dipukul.
c). Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung.
d). Encik Amin sangat rajin berkerja sehingga beliau disayangi oleh
majikannya.
Ulasan ringkas:
Kata ganti nama diri 'beliau' tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kata 'beliau' sebenarnya digunakah khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri dan sebagainya.

2. Penggunaan kata ganti diri 'Dia/Ia'
Contoh kesalahan:
a) Lukisan itu sangat cantik. Ia telah dibeli oleh Encik Ali.
b) Anak kucing itu sakit. Ia perlu dirawat.
c) Lembu itu telah dilanggar lori. Ia mati di tempat kejadian.
Penggunaan yang betul.
a) Lukisan itu sangat cantik. Lukisan itu telah dibeli oleh Encik Ali.
b) Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlu dirawat.
c) Lembu itu telah dilanggar lori. Lembu itu mati di tempat kejadian
atau - Lembu itu telah dilanggar lori lalu mati di tempat kejadian.
Ulasan ringkas.
Kata ganti diri 'dia/ia tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Kata dia/ia sebenarnya digunakan untuk orang.
3. Penggunaan kata 'ianya' (untuk manusia)
Contoh kesalahan:
a) Pencuri itu dapat ditangkap oleh pihak polis. Ianya akan
didakwa di mahkamah esok.
b) Jika pemuda itu tidak dirawat dengan segera, mungkin ianya akan
lumpuh.
Penggunaan yang betul
a) Pencuri itu dapat ditangkap oleh pihak polis. Dia akan didakwa di
mahkamah esok.
b) Jika pemuda itu tidak dirawat dengan segera, mungkin dia akan
lumpuh.
Ulasan ringkas
Nya merupakan bentuk singkat bagi kata ganti diri ketiga tunggal, sebagaimana juga 'ku' bentuk singkat bagi kata ganti diri pertama 'aku' dan 'mu' bentuk singkat bagi kata ganti diri kedua 'kamu'. Jika 'ianya' boleh digunakan, maka tentulah 'akuku' boleh digunakan dan 'kamumu pun boleh digunakan. Tetapi tatabahasa Melayu tidak mempunyai ketetapan sedemikian. Oleh itu , bentuk 'ianya' menyalahi hukum tatabahasa Melayu.
4. Penggunaan kata 'Ia/Ianya' (untuk benda dan binatang-selain manusia)
Contoh kesalahan:
a) Perabot ini sangat mahal kerana ianya diperbuat daripada kayu jati.
b) Kerbau itu mati kerana ianya diserang penyakit kuku dan mulut.
c) Masalah jerebu mesti diatasi dengan segera kerana ianya
menjejaskan kesihatan rakyat.
Penggunaan yang betul:
a) Perabot ini sangat mahal kerana diperbuat daripada kayu jati.
b) Kerbau itu mati kerana diserang penyakit kuku dan mulut.
c) Masalah jerebu mesti diatasi dengan segera kerana
menjejaskan kesihatan.
Ulasan ringkas:
Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja. Kesalahan penggunaan berlaku apabila menggunakan 'ia/ianya' bagi benda, konsep, dan binatang oleh sebab dalam bahasa Inggeris ada kata ganti 'it' untuk merujuk kepada binatang dan benda. Sebenarnya hal ini menyalahi hukum tatabahasa Melayu yang menetapkan bahawa kata ganti 'ia' adalah untuk manusia sahaja.
5. Penggunaan kata ganti diri 'mereka'
Contoh kesalahan:
a) Mereka-mereka yang berjaya dalam pertandingan itu akan
menerima hadiah yang lumayan.
b) Mereka-mereka ialah petani yang gigih.
Penggunaan yang betul:
a) Mereka yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima
hadiah yang lumayan.
b) Mereka ialah petani yang gigih.
Ulasan ringkas:
Kata ganti diri ketiga 'mereka' sudah jelas menyatakan pengertian jamak. Oleh yang demikian, kata 'mereka' tidak perlu dijamakkan lagi/digandakan menjadi 'mereka-mereka'. Kata mereka pun tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
6. Penggunaan kata ganti diri 'Kita dan Kami'
Contoh kesalahan:
a) "Kita ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam, " kata
beberapa orang wartawan kepada menteri tersebut.
b) "Perlawanan ini penting untuk kami," kata jurulatih itu kepada
pelatih-pelatihnya.
Penggunaan yang betul
a) "Kami ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam,"
kata beberapa orang wartawan kepada menteri tersebut.
b) "Perlawanan ini penting untuk kita ," kata jurulatih itu kepada
pelatih-pelatihnya.
Ulasan ringkas:
Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang diajak bercakap disertakan.
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita dengan baik.
Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa!!!!
Sekian untuk kali ini.
Cikgu Chom

Tiada ulasan:
Catat Ulasan