CERPEN TEMPANG
(PITTERIAH ABDULLAH)
Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati. Pertengkaran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi.
Sinopsis
Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati. Pertengkaran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi.
Tema
Kemuliaan hati seorang remaja cacat yang tempang kakinya
Persoalan
v Kecacatan
fizikal bukan penghalang untuk memperoleh kejayaan
v Kelebihan
yang ada pada orang yang cacat fizikal
v Kepentingan
berusaha bagi mencapai kejayaan
Watak dan Perwatakan
Hafizi
ü Anak
orang yang berada
ü Pelajar
tingkatan 4 Sains 1
ü Reda
dilahirkan cacat, iaitu kaki kirinya pendek sebelah
ü Bijak
dalam pelajaran
ü Penyabar
ü Baik
hati kerana sanggup menghantar Raja pulang ke rumah
ü Berani
iaitu menyelamatkan Kamil daripada lemas
ü Tidak
berdendam terutama terhadap Kamil
Kamil
ü Pelajar
tingkatan 4 Sains 1
ü Suka
menggangu Hafizi
ü Cemburu
terhadap Hafizi kerana kepandaiannya
ü Suka
membuat kecoh dan memulakan pergaduhan
ü Insaf
setekah hampir lemas
Raja
ü Pelajar
tingkatan 4 Sains 1
ü Sahabat
karib Hafizi dan kerap mempertahankan Hafizi
ü Ketua
Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah
ü Suka
merendah diri
Cikgu
Ridzuan
ü Guru
disiplin yang tegas
ü Prihatin
terhadap anak-anak muridnya
Cikgu
Lee
ü Guru
mata peajaran Sains
ü Banyak
memebrikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya
Latar
Latar
Tempat
ü Di
dalam bilik darjah
ü Di
kolam mandi
Latar Masa
ü Waktu
pagi, iaitu sesi persekolahn bermula
ü Waktu
tengah hari, iaitu semasa Hafizi menunggu Pak Mat mengambilnya
Latar Masyarakat
ü Masyarakat
pelajar di sebuah sekolah menengah
ü Masyarakat
guru yang mengajar di sekolah menengah
Plot
·
Permulaan
·
Memperkenalkan watak Hafizi yang baru mahu
memulakan sesi pembelajaran
·
Perkembangan
·
Kamil kerap menggangu Hafizi kerana berasa
cemburu apabila Hafizi lebih pandai daripadanya. Kamil menolak Hafizi sehingga
terjatuh tetapi Hafizi menegah Raja daripada mengambil tindakan terhadap Kamil
Klimaks
·
Kamil lemas di dalam kolam dan Hafizi
berjaya menyelamatkannya
·
Peleraian
·
Kamil sedar akan kesalahannya dan memohon
maaf daripada Hafizi. Mereka akhirnya bersahabat
Gaya Bahasa
Peribahasa
ü Busuk
hati
ü Personifikasi
ü Mulutnya
terkunci untuk berkata-kata
ü Metafora
ü Kaki
samseng
Nilai
ü Kesyukuran
ü Hafizi
tidak pernah menyesal dilahirkan cacat
ü Kesabaran
ü Hafizi
tetap bersabar dengan sikap Kamil yang suka mengganggu, menghina, dan
membulinya
ü Kemaafan
ü Hafizi
telah memaafkan kesalahan Kamil terhadapnya malah tidak pernah menyimpan dendam
terhadapnya
ü
Setiakawan
Setiakawan
ü Raja
dan Mei Ling sangat mengambil berat terhadap Hafizi. Mereka sering menolong
Hafizi daripada gangguan Kamil
ü Tolong-menolong
ü Walaupun
cacat fizikal, Hafizi telah menolong Kamil yang hampir lemas di kolam
ü Kerajinan
ü Hafizi
sentiasa gigih berusaha sehingga menjadi pelajar yang pintar dan akif bersukan
walaupun cacat
ü Keinsafan Contoh soalan dan jawapan:
a) Berdasarkan cerpen Tempang, jelaskan nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Antara nilai murni yang terdapat dalam cerpen ialah hemah tinggi, contohnya Hafizi tetap bersikap rendah diri walaupun daripada keluarga berada dan selalu dihina oleh Kamil. Selain itu nilai keberanian, contohnya Hafizi sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas. Seterusnya nilai baik hati, contohnya Raja selalu mendampingi dan memberi semangat kepada Hafizi. Akhir sekali nilai bertanggungjawab, contohnya Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee bersama-sama muridnya ketika pergi berkelah.
Manakala Pengajaran daripada cerpen ialah kita jangan suka menghina atas kekurangan orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Kamil yang selalu menghina Hafizi janganlah diikuti. Selain itu kita perlu bersikap pemaaf, contohnya Hafizi memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Kamil. Seterusnya guru hendaklah selalu memberikan motivasi kepada anak-anak muridnya, contohnya Cikgu Lee menekankan kepada anak muridnya akan kepentingan berusaha jika ingin berjaya. Akhir sekali kita perlu mengambil tindakan yang cepat, contohnya Hafizi cepat menyelamatkan Kamil daripada lemas.
Cikgu Chom
Cikgu Chom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan