HALAMAN 2

Sabtu, 13 Julai 2013

NOTA NOVEL ISTANA MENANTI - TEMA, PERSOALAN, NILAI , PENGAJARAN & PERWATAKAN

CARA MUDAH MEMAHAMI DAN MENGINGATI NOTA KOMSAS:
TEMA, PERSOALAN, NILAI , PENGAJARAN & PERWATAKAN 
NOVEL ISTANA MENANTI

TEMA
Semangat patriotik/cinta akan tanah air  sekumpulan remaja yang sangat peka  dan ingin mengetauhi  sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang memiliki semangat patriotik kerana sangat berminat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah Istana Menanti. Dengan bantuan Tuk Ngah mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar dan mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang dikatakan penuh misteri itu.



PERISTIWA
HURAIAN/CONTOH

PERSOALAN

NILAI

PENGAJARAN

PERWATAKAN
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setia kawan dan bersahabat  baik walaupun berbeza agama dan bangsa.
Semangat setia kawan.
Setia kawan
Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan.
Watak:  Fadhil /
Ah Seng /Ramasamy
- Seorang  yang setia kawan
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy  berani  meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.
Keberanian menghadapi cabaran.
Berani
Kita mestilah berani menempuh cabaran dalam kehidupan.
Watak: 
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.

- Seorang  yang berani
Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti bapa kepada Fadhil , Ah Seng dan Ramasamy amat meyayangi anak mereka dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.
Sikap kasih sayang antara ahli keluarga.
Kasih sayang
Kita hendaklah sentiasa berkasih sayang antara ahli keluarga
Watak:
En Karim/En Leong/Encik 
Shanti

-   seorang yang penyayang
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mempunyai semangat cinta akan tanah air kerana berusaha untuk mengetahui dan mengkaji sejarah tempatan tanah air iaitu tentang sejarah Istana Menanti di negeri Sembilan daripada Tuk Ngah .
Semangat cinta akan tanah air/semangat patriotik
Cinta akan tanah air
Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air kita
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
-   Seorang  yang cintakan tanah air/patriotik
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan daripada ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.
 Ketaatan kepada ibu bapa
Ketaatan
Kita mestilah taat dan menghormati ibu bapa
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
-  Seorang  yang taat kepada ibu bapa
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng  tabah menempuh hutan dan mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti. Mereka juga tabah menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.
 Ketabahan menempuh cabaran dan kesusahan hidup
Ketabahan
Kita mestilah tabah menempuh cabaran dalam kehidupan
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.

-  Seorang  yang tabah
 Menteri Besar dan Ketua Polis Daerah memberi penghargaan kepada Tuk Ngah, Fadhil, Ramasamy Ah Seng dan Khairil Anuar kerana berjaya membantu pihak polis untuk menangkap penjahat yang mahu menggugat keamanan negara dan mencuri harta karun di Istana Menanti.
Menghargai jasa yang diberi.
Mengenang jasa
Kita mestilah menghargai orang yang telah berjasa kepada negara


Penduduk kampung bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk.
Sikap Bekerjasama  untuk mengatasi masalah
Kerjasama
Kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi masalah




Ulasan dan panduan.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Para pelajar yang cikgu sayangi,

Panduan menjawab soalan novel Istana Menanti Tingkatan 1

Apa yang perlu pelajar lakukan ialah:
a)       Pastikan memahami dan menghafal peristiwa penting yang akan digunakan untuk menghurai isi.
b)      Satu peristiwa penting dapat digunakan sebagai contoh untuk tiga aspek komsas yang disoal dalam peperiksaan atau PBS iaitu aspek  persoalan, nilai, dan pegajaran.  
c)      Pastikan pelajar menggunakan frasa yang betul semasa mengemukakan isi dalam jawapan novel
Contohnya: 
Frasa Nilai murni……..- Nilai keberanian.  Contohnya………..
Frasa Persoalan  ………- Persoalan Semangat Setia kawan dalam
                                      persahabatan.  Contohnya,………….
Frasa Pengajaran ……. – Kita mestilah tabah menempuh cabaran dalam
                                       Kehidupan
d)      Pastikan anda mengemukakan dengan jelas antara isi dan huraian/contoh.
e)      Isi tidak boleh mengemukakan nama watak, nama tempat .
Contoh isi persoalan:
Persoalan semangat setia kawan antara Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
(salah)
Persoalan semangat setia kawan antara tiga orang sahabat (betul)
Persoalan semangat setia kawa dalam persahabatan (betul)

f)        Lebih baik isi diasingkan daripada contohnya.

g)      Panduan memberi huraian atau contoh: 
Nama Watak + Peristiwa yang dilakukan oleh watak  itu yang menjelaskan isi.
Masukkan kata kunci dalam isi semasa menghurai atau memberi contoh,

Contoh 1:
Persoalan semangat setia kawan dalam persahabatan.(Isi) – semangat
setia kawan(kata kunci)
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy(watak) mempunyai semangat setia kawan yang tinggi (kata kunci) dan bersahabat baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. (peristiwa yang dilakukan oleh watak)

Contoh jawapan lengkap:
Antara persoalan novel Istana Menanti ialah persoalan semangat setia kawan dalam persahabatan.  Contohnya Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mempunyai semangat setia kawan yang tinggi  dan bersahabat baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.

Contoh 2:
Nilai keberanian. (Isi) keberanian (kata kunci)
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani(kata kunci) meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah Istana Menanti .

Contoh jawapan lengkap:

             Antara nilai yang terdapat dalam novel Istana Menanti ialah nilai 
             keberanian.  
             Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan 
             belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat 
             tinggalan sejarah Istana  Menanti . 




                Cikgu Chom

2 ulasan:

Unknown berkata...

bkannya kalau kita buat karangan msti buat prenggan kha!!!! bkan mcm ini sya klru Antara nilai yang terdapat dalam novel Istana Menanti ialah nilai
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .

Cikgu Kalsom berkata...

Betul tul Ag Faizal ...yg cikgu beri tu nota...kalau jawapan memang dalam bentuk perenggan ..tak ada nombor atau bentuk2 point...Nota dinomborkan supaya senang ingat . tq. Nanti boleh tengok nota ulang kaji cikgu ye.