CARA MUDAH MEMAHAMI DAN MENGINGATI NOTA KOMSAS:
TEMA, PERSOALAN, NILAI , PENGAJARAN & PERWATAKAN
NOVEL ISTANA MENANTI
NOVEL ISTANA MENANTI
TEMA
Semangat patriotik/cinta akan tanah air
sekumpulan remaja yang sangat peka dan ingin mengetauhi
sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah
Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang memiliki semangat patriotik kerana sangat berminat akan subjek
sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah Istana
Menanti. Dengan bantuan Tuk Ngah mereka bertiga juga sanggup meredah
hutan berlukar dan mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri
kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang dikatakan penuh misteri itu.
Antara nilai yang
terdapat dalam novel Istana Menanti ialah nilai
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .
Cikgu Chom
PERISTIWA
HURAIAN/CONTOH
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
PERWATAKAN
|
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setia kawan
dan bersahabat baik walaupun berbeza
agama dan bangsa.
|
Semangat setia kawan.
|
Setia kawan
|
Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan.
|
Watak: Fadhil /
Ah Seng
/Ramasamy
- Seorang yang setia kawan
|
Fadhil, Ah Seng dan
Ramasamy berani meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk
semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah lama
ditinggalkan dan dikatakan berhantu.
|
Keberanian menghadapi cabaran.
|
Berani
|
Kita mestilah berani menempuh cabaran dalam kehidupan.
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
- Seorang yang berani
|
Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti bapa kepada Fadhil ,
Ah Seng dan Ramasamy amat meyayangi anak mereka dan berasa risau apabila Fadhil dan
rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.
|
Sikap kasih sayang antara ahli keluarga.
|
Kasih sayang
|
Kita hendaklah sentiasa berkasih sayang antara ahli keluarga
|
Watak:
En Karim/En Leong/Encik
Shanti
- seorang yang
penyayang
|
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
mempunyai semangat cinta akan tanah air kerana berusaha untuk mengetahui dan
mengkaji sejarah tempatan tanah air iaitu tentang sejarah Istana Menanti di
negeri Sembilan daripada Tuk Ngah .
|
Semangat cinta akan tanah air/semangat patriotik
|
Cinta akan tanah air
|
Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air kita
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
- Seorang yang cintakan tanah air/patriotik
|
Fadhil, Ah Seng
dan Ramasamy meminta keizinan daripada ibu bapa masing-masing terlebih dahulu
sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.
|
Ketaatan kepada ibu
bapa
|
Ketaatan
|
Kita mestilah taat dan menghormati ibu bapa
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
- Seorang yang taat kepada ibu bapa
|
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng tabah menempuh
hutan dan mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti. Mereka
juga tabah menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk
menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh
sekiranya tidak mengikut arahan.
|
Ketabahan menempuh
cabaran dan kesusahan hidup
|
Ketabahan
|
Kita mestilah tabah menempuh cabaran dalam kehidupan
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng /Ramasamy.
- Seorang yang tabah
|
Menteri Besar dan Ketua Polis Daerah
memberi penghargaan kepada Tuk Ngah, Fadhil, Ramasamy Ah Seng dan Khairil
Anuar kerana berjaya membantu pihak polis untuk menangkap penjahat yang mahu
menggugat keamanan negara dan mencuri harta karun di Istana Menanti.
|
Menghargai jasa yang diberi.
|
Mengenang jasa
|
Kita mestilah menghargai orang yang telah berjasa kepada
negara
|
|
Penduduk kampung bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan
rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk.
|
Sikap Bekerjasama untuk
mengatasi masalah
|
Kerjasama
|
Kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain untuk
mengatasi masalah
|
Ulasan dan panduan.
Assalamualaikum w.b.t
dan salam sejahtera.
Para pelajar yang cikgu
sayangi,
Panduan menjawab soalan novel Istana Menanti Tingkatan 1
Apa yang perlu pelajar
lakukan ialah:
a) Pastikan memahami dan menghafal peristiwa penting yang akan
digunakan untuk menghurai isi.
b) Satu peristiwa penting dapat digunakan sebagai contoh untuk tiga
aspek komsas yang disoal dalam peperiksaan atau PBS iaitu aspek persoalan, nilai, dan pegajaran.
c) Pastikan pelajar menggunakan frasa yang betul semasa mengemukakan
isi dalam jawapan novel
Contohnya:
Frasa Nilai murni……..-
Nilai keberanian. Contohnya………..
Frasa Persoalan ………- Persoalan Semangat Setia kawan dalam
persahabatan. Contohnya,………….
Frasa Pengajaran ……. – Kita mestilah tabah
menempuh cabaran dalam
Kehidupan
d) Pastikan anda mengemukakan dengan jelas antara isi dan
huraian/contoh.
e) Isi tidak boleh mengemukakan nama watak, nama tempat .
Contoh isi persoalan:
Persoalan semangat setia
kawan antara Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
(salah)
Persoalan semangat setia
kawan antara tiga orang sahabat (betul)
Persoalan semangat setia
kawa dalam persahabatan (betul)
f) Lebih baik isi diasingkan daripada contohnya.
g) Panduan memberi huraian atau contoh:
Nama Watak + Peristiwa
yang dilakukan oleh
watak itu yang menjelaskan isi.
Masukkan kata kunci dalam isi semasa menghurai atau memberi contoh,
Contoh 1:
Persoalan semangat setia kawan dalam
persahabatan.(Isi) – semangat
setia kawan(kata kunci)
Contohnya, Fadhil, Ah
Seng dan Ramasamy(watak) mempunyai semangat setia kawan
yang tinggi (kata kunci) dan bersahabat
baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. (peristiwa yang dilakukan oleh watak)
Contoh jawapan lengkap:
Antara persoalan novel
Istana Menanti ialah persoalan semangat setia kawan dalam persahabatan. Contohnya Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
mempunyai semangat setia kawan yang tinggi
dan bersahabat baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.
Contoh 2:
Nilai keberanian. (Isi)
keberanian (kata kunci)
Contohnya, Fadhil, Ah
Seng dan Ramasamy berani(kata kunci) meredah hutan belukar dan mendaki Gunung
Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah Istana Menanti .
Contoh jawapan lengkap:
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .
Cikgu Chom
2 ulasan:
bkannya kalau kita buat karangan msti buat prenggan kha!!!! bkan mcm ini sya klru Antara nilai yang terdapat dalam novel Istana Menanti ialah nilai
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .
Betul tul Ag Faizal ...yg cikgu beri tu nota...kalau jawapan memang dalam bentuk perenggan ..tak ada nombor atau bentuk2 point...Nota dinomborkan supaya senang ingat . tq. Nanti boleh tengok nota ulang kaji cikgu ye.
Catat Ulasan