HALAMAN 2

Rabu, 14 Ogos 2013

JEJAK SPM 2013 : Rumusan 5 - Tema Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan

            SOALAN SPM KERTAS 2 NOVEMBER 2012

Soalan 1 : Rumusan  
[30 markah]


Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang  memerlukan pendekatan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan  usaha sama dalam pelbagai bidang  yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih banyak pelancongan pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah  kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh  faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara.  Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta  bernilai tambah yang mempunyai  potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju..
                                                                                   
Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS IS09002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.
Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada MajlisKesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi  tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatanmempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada
'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan'oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010)

Panduan skema jawapan

Pendahuluan: [2 markah]

Petikan membincangkan keistimewaan/kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan berbanding dengan negara lain/di peringkat antarabangsa.  [2 m]

Petikan membincangkan punca/sebab/alasan Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan kesihatan [1 m]

Petikan membincangkan punca Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan.*[0 m]
(tidak merujuk pelancongan kesihatan=0m)

 Isi tersurat :- ( 4 - 12 markah)
1.  kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2.  mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi.
3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.
4.  mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
5. caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju.
6. pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS IS09002.
7. banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap.
8. pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan.
9. para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia.

    Isi tersirat:(4 - 12 markah)

1. menjana pendapatan/ ekonomi negara.
2. meningkatkan imej negara di mata dunia.
3. menambah peluang pekerjaan.
4. merancakkan bidang Penyelidikan dan Pembangunan negara (R&D).
5. membantu kegiatan industri berkaitan dengan pelancongan negara.
6. meningkatkan pembangunan prasarana/infrastruktur negara.

Kesimpulan : [2 m]
Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri pelancongan kesihatan agar Malaysia terus menjadi perhatian para pelancong asing.

Soalan 2 (a) Petikan Umum. ( Masih soalan pemahaman berdasarkan Soalan SPM November 2012)

1.     Apakah maksud rangkai kata strategi   menyeluruh                                                                                                             ( 2  markah )

2.     Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan. Nyatakan usaha-usaha  tersebut.                                                                                                       ( 3  markah )

3.     Jelaskan pendapat anda tetang dua peranan media untuk memajukan industri pelancongan kesihatan di negara ini  ?                                                                                                                                 ( 4  markah )

Jawapan soalan pemahaman teks. 



1.    i)  Strategi menyeluruh bermaksud kaedah yang lengkap merangkumi semua aspek.

      ii)  Strategi menyeluruh bermaksud cara yang lengkap merangkumi semua aspek.
     iii)  Strategi menyeluruh bermaksud teknik yang lengkap merangkumi semua aspek.
     iv)  Strategi menyeluruh bermaksud langkah yang lengkap merangkumi semua aspek.



2.   Antara usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan adalah dengan  KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan, pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya serta meminda undang-undang. 

( Isi cukup sekadar 3 isi- Salin terus dari petikan - jangan tinggalkan mana-mana perkataan.

    

3.  Terdapat dua peranan media massa untuk memajukan industri pelancongan kesihatan negara, pertama dengan mempromosi sektor pelancongan kesihatan negara agar menarik kedatangan pelancong. Selain itu, media masa perlu mengurangkan bayaran untuk iklan supaya lebih banyak syarikat pelancongan mengiklan  produk pelancongan kesihatan mereka di media masa. Tambahan pula, media masa boleh menulis rencana mengenai pelancongan kesihatan agar banyak maklumat tentang produk pelancongan kesihatan diketahui oleh pelancong asing dan pelancong tempatan.

(isi mesti disertakan dengan huraian untuk mendapatkan 2 markah penuh bagi setiap isi..gunakan kata hubung agar/supaya untuk menghurai isi)



4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum cg. Maaf mnganggu, saya merupakan pljr spm pd thun ini. Saya mnghadapi masalah iaitu sukar mendapt markh yg bnyk dalam membuat rumusan. Sy harap sy dpt berhubung trus dgn cg bgi memberikan tunjuk ajar kpd saya. Boleh? Maaf, saya sgt memerlukan bantuan.

Cikgu Kalsom berkata...

Assalamualaikum Nursyahirah Sharhan
Rumusan merupakan soalan yang memberi peluang kpd pelajar untuk mendapat markah dalam Kertas 2. Jika memahami tekini menulis rumusan yang betul insyallah markah bagi soalan ini boleh tinggi.
boleh hunungi emel cikgu
kalsom.haro@yahoo.com

Cikgu Kalsom berkata...

Assalamualaikum Nursyahirah Sharhan
Rumusan merupakan soalan yang memberi peluang kpd pelajar untuk mendapat markah dalam Kertas 2. Jika memahami tekini menulis rumusan yang betul insyallah markah bagi soalan ini boleh tinggi.
boleh hunungi emel cikgu
kalsom.haro@yahoo.com

Cikgu Kalsom berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.