Baca petikan di bawah
dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
hutan bandar dan cara-cara mengekalkan
hutan bandar. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kawasan bandar merupakan penyumbang
utama pembebasan karbon dioksida yang menjadi punca utama pencemaran
udara. Oleh itu, kewujudan hutan bandar penting
bagi mengurangkan masalah ini. Hutan bandar
merupakan tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan juga pokok-pokok yang ditanam secara
sistematik di persekitaran Bandar.
Hutan Bandar berperanan untuk menyediakan kawasan hijau yang berkualiti
bagi mengimbangi binaan batu dan struktur lain yang mendominasi lanskap bandar.
Hutan Bandar berfungsi untik
mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan bandar. Ketika ini, hutan bandar menjadi semakin
relevan dan sangat berpotensi untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Di samping itu, masalah pemanasan global juga
dapat dikurangkan melalui penghutanan Bandar.
Pokok pinggiran jalan yang ditanam pula dapat dijadikan peneduh daripada
panas matahari. Namun demikian,
pemilihan pokok yang sesuai perlu diambil kira oleh pihak berkuasa
tempatan. Umpamanya, penanaman pokok
palma, walaupun cantik, tidak membawa banyak faedah sebagai peneduh kerana saiz
kanopinya yang kecil berbanding dengan pokok-pokok besar yang lain. Begitu juga pokok angsana, walaupun rendang tetapi
dahannya mudah patah dan membahayakan orang ramai.
Pada masa yang sama, pokok besar
yang ditanam di sekitar bandar seperti
Khaya senegalensis dan Samanea saman berfungsi untuk menyerap karbon dioksida
di atmosfera. Karbon dioksida yang
diserap berubah ke bentuk biojisim yang disimpan sebagai karbon sama ada di
bahagian akar atau di bahagian batang, daun dan dahan. Peranan utama pokok yang menjadi penyumbang
kepada perhutanan bandar adalah untuk mengurangkan masalah perubahan
iklim. Hal ini demikian kerana pokok
yang ada di sesuatu kawasan bandar dipercayai dapat memberikan sumbangan bukan
sahaja di kawasaan bandar tersebut
bahkan di peringkat global. Oleh itu,
hutan bandar sememangnya penting dalam
melengkapkan ekosistem bandar.
Berbeza dengan hutan hujan tropika
yang berfungsi untuk mengurangkan kerosakan tanah, menyediakan sumber makanan
dan perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan, hutan bandar pula dapat
meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah.
Hal ini disebabkan kewujudan hutan bandar sedikit sebanyak telah dapat
menangani masalah kejadian tanah runtuh di kawasan bandar.. oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
menjamin pengekalan pokok besar yang sedia ada di kawasan bandar. Usaha ini penting demi meningkatkan kualiti
udara di bandar di samping manfaatnya terhadap alam sekitar secara keseluruhan.
(Dipetik
dan diubah suai daripada , ‘Hutan Bandar’ oleh Ahmad Aazaruddin Mohd Noor dan
Adnan Mohamad, Dewan Kosmik, Jun
2011.)
Soalan 2 - Pemahaman
petikan umum.
Berdasarkan petikan Soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)
Berikan
maksud secara sistematik. [2 markah]
(ii)
Pengarang
ada menyatakan beberapa fungsi hutan hujan tropika.
Nyatakan fungsi-fungsi
tersebut [2
markah]
(iii) Usaha-usaha
memupuk semangat cinta akan hutan perlu bermula pada peringkat sekolah. Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat
tersebut? [4 markah]
SILA RUJUK SKEMA DI SINI
©
2014 Hak Cipta Terpelihara. cikguchom.bolgspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan