Tugasan : Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari
Tarikh : 27 Februari 2014
Tajuk : Menyalin petikan dan membina Peta Minda Buih.
Tugasan 1: Salin petikan bertajuk - Cara-cara Mencerikan Kawasan Sekolah dalam buku latihan karangan anda
Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah
oleh: Muhd Azhar Mohd Yasin
Memang tidak dinafikan, sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba
ilmu. Lantarannya, persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi
keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai
pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap
pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. bak
kata peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak
sekolah perlu mengatur strategi yang berkesan untuk menceriakan kawasan
sekolah.
Salah satu
langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan
program bergotong-royong. aktiviti bergotong royong harus diadakan secara
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi
warga sekolah. gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah
dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat
disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah
boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. contohnya, pelajar dikehendaki
memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan
yang seterusnya adalah, mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah Dalam
Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan
berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok
bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut
dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk
membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam
persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “Sekolahku Syurgaku.” Dengan
bantuan persatuan ibu bapa dan guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan
berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau
persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam
konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap
minggu. melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap,
menyapu lantai dan memastikan susunan meja dan kerusi sentiasa berada dalam
keadaan yang kemas dan teratur. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai
kebersihan kelas setiap hari. Nama kelas
yang terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. kelas
terbersih akan diberikan sijil penghargaan sebagai ganjaran. Sebaliknya
kelas terkotor pula perlu diberi hukuman sebagai pengajaran supaya
pelajar-pelajar lebih prihatin akan kebersihan kelas mereka pada masa yang akan
datang.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K.
Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam
program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang
bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa
mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi,
pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.
Hal ini akan menjadi pemangikin dan meniup semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya
diadakan.
Sebagai kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah
bekerjasama untuk menceriakan sekolah bagai
aur dengan tebing. Hal ini demikian
kerana sekolah yang bersih dan ceria akan menyediakan suasana yang sangat
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sokongan sekolah perlu melangkah
sederap untuk sentiasa menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan
ceria. Sekolah ceria, pelajar gembira, guru bahagia.
Arahan 2: Bina peta buih berdasarkan petikan yang anda salin
Arahan 2: Bina peta buih berdasarkan petikan yang anda salin
Contoh Peta Buih
Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah Kita
1 ulasan:
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini cikgu. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.
Catat Ulasan