Karya Rejab F.I
Tema dan Persoalan
Model soalan dan jawapan.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema
novel tersebut dengan contoh yang sesuai.
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam
ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Novel ini bertemakan
kegigihan murid dan guru koperasi
sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka. Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha
dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah
Teknik Seri Kayangan.
Mereka
telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya
mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran
ANGKASA.
Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5
persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.
Model
Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam
ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh
pengarang dalam novel ini. Antara
persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong
setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan
koperasi sekolah. Namun Razali telah
mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa
cemburu akan kejayaannya.
Selain itu, terdapat juga
persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya, Razali mempunyai sikap
pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya
mencuri duit koperasi sekolah. Malah
Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.
Seterusnya ialah persoalan
kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali
sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan
meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat
menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu
Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Tambahan pula, terdapat persoalan
amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua
ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek
ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka
telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Akhir sekali ialah persoalan, Perbuatan
yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.
Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam
koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan.
Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu
dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan
digantung sekolah selama seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan