Soalan Rumusan SPM November 2014
Soalan 1: Rumusan
(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
peranan kaunselor dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Murid-murid
pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah
pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor?
Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan
kriteria individu yang memerlukan khidmatnya.
Sebagai orang yangh terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan
pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani sebahagian
masalah di sekolah. Antara masalah yang
dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam
hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca
tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani
masalah yang dihadapi.
Walau
bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah seperti
tanggapan sesetengah pihak. Perkara ini
perlu difahami oleh setiap murid yang mahu mendapatkan bantuan atau khidmat
daripada kaunselor. Kaunselor sebenarnya
berperanan untuk memandu murid memahami serta menerima keadaan diri sendiri
supaya mereka dapat meningkatkan perlakuan yang baik dan mengurangkan perlakuan
yang sebaliknya. Sehubungan dengan itu,
murid tidak seharusnya menganggap bahawa mereka yang berjumpa dengan kaunselor
merupakan individu yang bermasalah semata-mata.
Tanggapan ini tdak benar sama sekali.
Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor, murid akan dibantu memilih
jurusan atau kejaya yang sesuai dan bukan memberikan tumpuan terhadap masalah
tertentu sahaja.
Kaunselor
juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya. Hal ini penting supaya segala tindakan yang
bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini agar mereka
berpeluang membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup. Pada masa yang sama, kaunselor bertanggunjawab
untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri. Pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan kaunseling seperti ceramah,
kursus dan kem motivasi akan membolehkan kaunselor memahamkan murid tentang
hubungan mereka dengan masyarakat sekitar.
Dalam hal ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi
secara positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran. Selain itu, kaunselor juga dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang dijalankan. Penyemaian nilai-nilai murni ini akan
meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah.
Sesungguhnya,
usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kaunseling wajar dilaksanakan agar
khidmat yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid. Sikap profesional kaunselor dalam
melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan imej perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
(Dipetik dan
diubah suai daripada ‘Memanfaatkan Khidmat Kaunselor’ oleh Nadiah Naufal, Dewan
Siswa, April 2012)
Soalan
2(i) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, Jawab soalan-soalan beriku dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata mendapat
kepercayaan. [2 markah]
(ii)
Pengarang
mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di sekolah.
Nyatakan
tanggapan-tanggapan yang salah tersebut. [3
markah]
(iii)
Pada
pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan
yang wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
mereka? [4 markah}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan