HALAMAN 2

Ahad, 28 Ogos 2016

LATIHAN SOALAN RUMUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016- NEGERI JOHOR.

SET 1

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangciri-ciri yang perlu ada pada pelajar untuk menjadi aset negaradan kepentingan pelajar cemerlang. Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.
           
            Transformasi sistem pendidikan bertujuan melahirkan generasi masa depan yang menjadi aset untuk negara. Dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara ini, tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru adalah paling utama. Dengan perkataan lain, guru yang akan menjalankan segala dasar yang telah ditetapkan. Selain usaha kerajaan dan guru yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat tersebut, para pelajar perlulah memiliki kriteria-kriteria yang terpuji untuk menjadi aset negara yang cemerlang. Dalam hal ini, para pelajar seharusnya bersikap peka terhadap hasrat murni kerajaan dan harapan masyarakat kepada mereka.

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa asas kejayaan pelajar yang akan menjadi aset negara adalah mempunyai keperibadian dan disiplin yang tinggi. Dalam hal ini, mereka perlu mempunyai kesedaran mendisiplinkan diri, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah, mengawal diri daripada terjebak dengan masalah-masalah disiplin dan mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Selain itu, para pelajar yang bakal menjadi aset negara hendaklah melengkapkan diri dengan input ilmu yang mencukupi sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Pelajar hendaklah belajar bukan setakat untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi berkemampuan untuk merealisasikan ilmu yang diperoleh.

            Dalam dunia yang serba canggih dan dipenuhi dengan pelbagai ilmu teknologi, kekuatan diri amatlah diperlukan khususnya dalam kalangan pelajar bagi menepis unsur dan pengaruh luar yang boleh menyesatkan dan merosakkan pemikiran. Lantaran itu, para pelajar hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh. Di samping itu, para pelajar seharusnya memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran bukannya melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah yang hanya merugikan diri sendiri, keluarga dan negara. Sebagai pelajar yang dilahirkan dalam dunia serba canggih, mereka perlulah menyediakan diri dengan kemahiran yang mudah diubah suai secara lebih global. Usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran sentiasa menjadi keutamaan mereka walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.
            Pelajar yang bakal menjadi aset negara juga mempunyai sifat tahan diuji dengan segala cabaran yang dihadapi terutama apabila berhadapan dengan kepayahan dan kesusahan. Sikap negatif yang ada dalam diri seperti tidak yakin, malu bertanya, dan perasaan rendah diri hendaklah dihindari. Sebaliknya pelajar hendaklah bersikap sentiasa tidak puas hati akan kejayaan yang sedikit, justeru hendaklah berusaha habis-habisan untuk mencapai kecemerlangan. Ungkapan ‘kecemerlangan milik semua’ hendaklah terpahat di jiwa pelajar.

            Jelaslah, Transformasi Pendidikan Negara merupakan salah satu usaha untuk mencapai misi nasional negara. Usaha ini memerlukan penggemblengan tenaga yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutama para pelajar itu sendiri supaya mereka mempunyai hala tuju yang jelas.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Hala Tuju Pelajar dan Era Transformasi Pendidikan’
oleh Izani Hj Daud,
Wadah Siswa, 2013)



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)            Berikanmaksudrangkai kata merealisasikanhasrat.                    
[ 2 markah ]

(ii)          Pengarangadamenyatakanbahawaasaskejayaanpelajarbergantungkepadadisiplin yang tinggi.
Nyatakan disiplin-disiplin yang perlu ada pada seorang pelajar.
[ 3 markah ]

(iii)         Pelbagaiusahatelahdilakukanuntukmelahirkangenerasicemerlang masa hadapan yang menjadiasetnegara, namunmasihmenemuikegagalan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca kegagalan tersebut?

[ 4markah ]





SET 2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangpunca-punca kenaikan harga barangdan kepentingan kestabilan harga barang kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

            Walaupun pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) belumdilaksanakan lagi, namun peningkatan harga kebanyakan barang sudah ketara. Situasi ini mengundang keresahan pelbagai pihak terutama para pengguna yang berasa amat terbeban apatah lagi setelah GST dilaksanakan sepenuhnya pada April 2014. Namun begitu kenaikan harga barang ini semakin berleluasa setiap kali menjelang musim perayaan seperti bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Kenaikan harga barang-barang jualan terutama di bazar Ramadan adalah berpunca daripada kenaikan harga barang basah di pasaran.
            Kita sedia maklum bahawa faktor dominan kenaikan harga barang di pasaran ialah sikap pemborong dan peniaga yang tamak mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Implikasinya pengguna yang terpaksa menjadi mangsa rakus pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini sehingga menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin membebankan. Selain itu, kehidupan rakyat semakin terhimpit, tambahan pula mereka terpaksa mengurangkan atau mengeluarkan tabungan mereka untuk memenuhi keperluan hidup seharian. Memang tidak dapat dinafikan bahawa permintaan yang mendadak terhadap sesuatu barang  turut menjadi punca utama peningkatan harga barang ini. Misalnya, permintaan terhadap daging ayam  dan daging lembu meningkat secara drastik menjelang musim perayaan. Kesannya, pembekal dan peniaga akan meningkatkan harga dengan  sesuka hati walaupun kerajaan sentiasa menetapkan harga siling.
            Seperti biasa alasan klise yang sering diberikan oleh peniaga ialah pembekal serta pemborong telah menaikkan harga bekalan, maka mereka tiada pilihan kecuali menaikkan harga jualan. Kesannya, pengguna terpaksa membeli barang tersebut walaupun harganya naik kerana secara realitinya pengguna tidak ada banyak pilihan kerana hampir semua peniaga mengenakan harga yang sama. Lantaran itu, syor untuk memboikot sesuatu barangan semakin tidak relevan. Tindakan penguatkuasaan dan serbuan oleh pihak berkuasa juga belum menampakkan hasil yang memberangsangkan dan peniaga masih tetap menaikkan harga barang. Apatah lagi, pengamalan harga siling jualan kepada peniaga belum mampu memberikan kesan baik bagi membendung masalah ini.
            Pengguna sering merungut bahawa punca kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh tindakan pemborong dan pembekal yang terus memanipulasi harga barang. Apakah tindakan terhadap kelompok pembekal dan pemborong ini? Andai tindakan terhadap pembekal berkesan, sudah pasti harga barang tidak akan meningkat. Dalam hal ini pihak berkuasa janganlah terlalu fokus kepada peniaga sehingga terlepas pandang kawalan terhadap pembekal. Apa-apa pun harapan pengguna hanyalah satu iaitu mahukan kerajaan lebih tegas dalam mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Jangan Terus Aniaya Pengguna’
oleh Noor Mohamed Shakil Hameed
Utusan Malaysia, Mei 2015)



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)            Berikanmaksudrangkai kata memenuhikeperluan.                                 
[ 2markah ]

(ii)          Pengarangadamenyatakanbahawasikappemborongdanpeniaga yang tamaktelahmendatangkankemudaratankepadapengguna.
Nyatakan kemudaratan-kemudaratan tersebut.               
[ 3 markah]                 
(iii)         Sebagaipenggunabarangan, kitamempunyaibanyakkaedahbagimengatasikemelutkenaikanhargabarang.

Apakahusaha-usaha yang bolehandalakukanbagimengatasimasalahini?
                                                                                                 [ 4markah ]


Boleh cuba dan emelkan jawapan ke alamat emel 
cikgukalsom@yahoo.com
Selamat mencuba



Tiada ulasan: