PUISI MODEN
: Sajak Kucari Damai Di Sini
(A. HAMID JEMAIN)
(A. HAMID JEMAIN)
Kucari damai di sini
di tanah subur
makmur dan merdeka
yang menyilau dan
merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan
kehidupan
dengan sejarah
persaudaraan
mengikat naluri
kemanusiaan.
|
Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa kemanusiaan. |
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman
sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di
naluri.
|
Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa kedamain juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik dalam diri manusia. |
Di sini damainya badai
moga gemilang
sepanjang zaman
menjadi catatan
sejarah kebanggaan
untuk generasi masa
depan.
antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2,
|
Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang. |
1.0
Tema sajak:
2.0
Penghargaan terhadap kedamaian dan
kesejahteraan negara.
Contoh:
Rakyat
Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang
ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut
masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke
generasi yang akan datang.
2.0 Persoalan:
1. Persoalan kedamaian
hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
2. Persoalan
negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3. Kemerdekaan
hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian
akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan
negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
3.0 Bentuk:
1. Sajak
ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan
baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
•
rangkap 1: enam baris;
•
rangkap 2: lima baris;
•
rangkap 3: empat baris;
3. Panjang
pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan
sejarah persaudaraan
4. Jumlah
suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya, dengan
kasih sayang
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
5. Sajak
ini berbentuk bebas.
6. Nada
patriotik.
4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • bersemarak di laman
sukma (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • mengikat naluri
kemanusiaan. (perulangan konsonan n);
5.0 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
|
Hiperbola
|
membebat perasaan
kehidupan
|
|
Penggunaan unsur alam.
|
tanah
|
|
Repetisi.
|
Kucari damai di sini
|
6.0 Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
|
Nilai kedamaian
|
Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan dan
mengekalkan kedamaian.
|
|
Nilai patriotisme
|
Kita hendaklah mencintai negara yang merdeka ini.
|
|
.
|
Nilai hormat-menghormati
|
Kita
mestilah saling hormat-menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.
|
4 ulasan:
Your Affiliate Money Making Machine is waiting -
And making money with it is as easy as 1 . 2 . 3!
Here's how it works...
STEP 1. Input into the system what affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (it takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate products system explode your list and sell your affiliate products all for you!
Are you ready to make money ONLINE???
The solution is right here
Ini semua betul?
hello semua
Mana nk dapat Bukti hshshhshs x de novel nye....i meant like jumpa nilai tu dr muka surat berapa 💀
Catat Ulasan