Analisis Mengikut Bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
SINOPSIS
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit
biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang
ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala
Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan . Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika . Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid. Haiqal
bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya
Abdullah Kayan
PERSOALAN
1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI
SEORANG ANAK
l Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca
manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama
terpisah dengannya.
NILAI NILAI KEMANUSIAAN
1.KASIH SAYANG l Haikal amat
menyayangi ibunya
NILAI KEMASYARAKATAN
1.HORMAT- menghormati l Haikal menghormati
ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya sehingga dia tamat pengajian
STPMnya
NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN
1.KETAATAN l Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya
ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN
SEPENUH HATI. l Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya
kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.
2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA . l Haikal tidak pernah
bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya berbuat demikian
sehingga dia dewasa.
3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA l Haikal taat akan
kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang ayahnya.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
SINOPSIS
l Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai
Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu
ibunya menguruskan perniagaan ibunya. l Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu
keputusan STPM. Mereka berkawan baik. l Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. l Sambil mereka
bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan
ibunya.. l Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. l Haikal tidak tahu. l Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan
Nurul Aisyah. l Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. l Haiqal menerimanya
daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
PERSOALAN
1. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN
GOLONGAN ANAK MUADA/REMAJA l Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang
diminatinya. Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah
restoran di bandar Kuala Terengganu
2. PERSAHABATAN IKHLAS l Haiqal dan Ratna
bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering mengunjungi gerai
makanan Ratna jika ada kelapangan
NILAI NILAI KEMANUSIAAN
1.PRIHATIN l Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang
rahsia hidup ibu dan ayahnya yang terpisah
2.KASIH SAYANG l Ibu Haikal , ayah
tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh kasih sayang
NILAI KEMASYARAKATAN
1.AMANAH l Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan
kepada Haikal
PENGAJARAN
1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA
MENGHADAPI KEGAGALAN. l Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna
mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya
diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.
2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI
DALAM PERSAHABATAN l Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan
SPMnya yang tidak begitu baik.
3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN
KEBAHAGIAAN KELUARGA l Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana
khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama- sama
walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.
4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN
TANGGUNGJAWAB. l Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee
Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan