Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Tingkatan 5 - 2020
Soalan 1 : Rumusan
Tingkatan 5 - 2020
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di
bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan dan faktor-faktor
yang menyebabkan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Berdasarkan statistik, kira-kira 240,000 daripada
1.2 juta orang pelajar di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia akan
menamatkan pengajian mereka pada setiap tahun. Hal ini bermakna lebih 200,000
orang graduan perlu bersaing dalam suasana yang sengit untuk mendapatkan kerja.
Ekoran daripada itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu
menstrukturkan program mereka dalam elemen ilmu, nilai dan kemahiran supaya
dapat memantapkan kemahiran insaniah sebagai persiapan kebolehpasaran untuk
para graduan mereka. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah
jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam dalam usaha
memastikan graduan memperkasakan penguasaan bahasa tersebut. Diharapkan agar
penguasaan kemahiran komunikasi dalam bahasa antarabangsa ini membolehkan
mereka membina keupayaan yang tinggi sebelum melangkah ke pangkuan
masyarakat. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga melaksanakan program
yang membolehkan siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan oleh majikan bagi
meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT. Menurut Menteri Pendidikan, program
ini merupakan nilai tambah kepada graduan dalam pelbagai aspek.
Sehubungan dengan hal itu,
kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan yang
bukan sahaja berperanan untuk merancang, menyelaras dan memantau program,
malahan menyediakan usahawan berpengetahuan. Hal ini demikian kerana apabila
siswazah menamatkan pengajian, mereka mampu menjadi graduan yang berkualiti
yang akan menyumbang kepada kekuatan modal insan yang diperlukan negara. Pihak
Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia
Centre (JMC) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja
secara atas talian, mengendalikan proses temu duga dan menyediakan perkhidmatan
bimbingan kaunseling serta kerjaya di seluruh negara. JMC juga turut
menjalinkan kerjasama dengan IPT bagi menyediakan pelbagai latihan kemahiran.
Sebenarnya, usaha untuk
melahirkan siswazah yang berkualiti adalah penting untuk memenuhi tuntutan
pekerjaan. Modal insan inilah yang akan dapat melestarikan pembangunan negara
pada masa hadapan. Menyedari kepentingan inilah, kerajaan telah melancarkan
Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) pada bulan Jun 2010 yang membabitkan 8,000 orang
graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga
telah menjalankan progam khas langkah jangka pendek kepada 12,000 daripada
20,000 orang graduan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan bagi
menangani masalah pengangguran di negara ini. Secara tuntasnya, siswazah
sendiri perlulah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang
bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan. Mereka mestilah membuat
persiapan yang lebih mantap dengan menjana kualiti diri siswazah agar mereka
dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan.
(Dipetik daripada ”Meningkatkan Kebolehpasaran
Siswazah Tempatan”oleh Haji Samat Buang, Wadah Siswa 2012)
Soalan
2: Pemahaman
[35
markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan
1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata membina keupayaan.[2 markah]
(ii)
Pengarang
mengemukakan beberapa kepentingan melahirkan siswazah yang berkualiti
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut. [3 markah]
(iii)
Sekiranya anda diberi pilihan untuk bekerja sendiri atau makan gaji,
apakah pilihan anda.
Berikan dua alasan anda [4 markah]
Semak jawapan di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan