BAHASA MELAYU KERTAS 1
PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020
TINGKATAN 4
Dua jam
BAHAGIAN A
[30 Markah]
Masa dicadangkan : 30 minit
Iklan-iklan di bawah
menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.
Berdasarkan iklan-iklan yang
diberikan, sediakan resume diri anda
yang lengkap bagi
permohonan satu pekerjaan
yang anda minati.
Panjangnya resume anda
hendaklah antara 150
hingga 200 patah perkataan.
BAHAGIAN
B
[70 markah]
Masa dicadangkan
: 1 Jam 30 Minit
Arahan : Pilih satu soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan
Soalan 1 : Domain Kerjaya
Setiap individu berkehendakkan suatu kerjaya yang
dapat menjamin kehidupan pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya bukanlah
suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh
pengetahuan serta faktor-faktor yang ada di persekitarannya semasa proses
pemilihan kerjaya itu berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti
Holland, perbezaan minat kerjaya antara jantina, pendedahan dan
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar. oleh ; ZAIROSLAWANEE BINTI ZAIB |
Petikan di atas menyatakan
maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dan kepentingannya. Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk
menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda.
Soalan
2 : Domain Pendidikan
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Sumber : Internet |
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah dan kepentingan mempelajarinya.
Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Soalan
3 : Domain Umum
KUALA LUMPUR:
Malaysia mensasarkan berada dalam kedudukan 10 destinasi pelancongan utama
dunia menjelang 2019, berbanding kedudukan ke-12 yang direkodkan pada masa
ini. Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata kementerian akan
merancang hala tuju strategik dan pendekatan baharu bagi menyediakan
persekitaran lebih mesra kepada peserta industri. “Bagi mencapai
sasaran berkenaan, Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk memacu
pertumbuhan industri. “Kerajaan melihat potensi besar dalam
industri pelancongan dan akan memberi sokongan sepenuhnya apa yang
diperlukan oleh industri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA
Fair) ke-46, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Oleh Nurhayati Abllah - September 8, 2018
@ 1:28pm |
Soalan
4 : Domain Peribadi
Nilai murni merupakan amalan baik yang
perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul
dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan
2020. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali
wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri
lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan
betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
individu. sumber :
internet |
Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu memainkan peranan untuk berkeperibadian dan berakhlak mulia agar dipandang mulia oleh masyarakat.
Jelaskan cara-cara membentuk keperibadian dan berakhlak mulia dalam kalangan remaja.
Soalan Tamat
1 ulasan:
Assalamualaikum..terima ksih atas perkongsian cikgu.Balh saya dapata jawaban kertas 2.
Catat Ulasan