2. Petikan membincangkan faedah-faedah/keebihan/kebaikan/
kepentingan sarapan dalam kalangan masyarakat.
ISI TERSURAT – MANFAAT -MANFAAT SARAPAN
1. pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu
membakar kalori sepanjang hari.
2. dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang
diperlukan oleh badan
3. membantu seseorang untuk fokus di tempat kerja
atau sekolah.
4. mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan
seseorang,
5. dapat menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu
lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah
6. juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik
7. mampu menıbantu individu yang mahu menurunkan
berat badan.
8. metabolisme badan dan komposisi kolesterol di
dalam darah dapat dioptimumkan
ISI TERSIRAT- PUNCA-PUNCA MASYARAKAT
TIDAK MENGAMBIL SARAPAN
2. Budaya masyarakat yang tidak mengamalkan pengambilan sarapan
3. Ibu bapa tidak menitikberatkan sarapan dalam keluarga
4. Tidak mengetahui /tiada ilmu tentang kepentingan sarapan
5. Amalan diet yang tidak sihat yang tidak memerlukan sarapan
6. Amalan bangun lewat
KESIMPULAN:
Semua ahli masyarakat perlulah menitikberatkan pengambilan sarapan agar menjamin kesihatan diri dan kehidupan yang berkualiti. [2 markah]
Soalan 2 (a) — Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata amalan rutin. [2 markah]
- perbuatan/perlakuan biasa [2 m ]
- perbuatan/perlakuan rutin [1 m]
- amalan biasa [1 m]
(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa kesan sekiranya masyarakat tidak mengambil sarapan.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
- Orang yang tidak bersarapan berasa lebih lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu makan seterusnnya
- boleh membawa kepada risiko mendapat penyakit berbahaya.
(iii) Pakar pemakanan ada menyatakan bahawa sarapan ialah sajian
awal perlu diambil pada setiap hari.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan pengambilan sarapan dalam kalangan ahli keluarga? [4 markah]
- ibu bapa perlu menyediakan sarapan untuk ahli keluarga
- ibu bapa bersarapan bersama-sama anak-anak sebelum memulakan tugas harian.
- ibu bapa menerangkan kepentingan bersarapan kepada ahli keluarga
- ibu bapa membekalkan sarapan kepada anak-anak yang masih bersekolah
- ibu bapa mempelbagaikan menu sarapan yang berkhasiat
- ibu bapa bersama-sama dengan anak-anak menyediakan sarapan
Contoh rumusan lengkap:
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan sarapan dan punca-punca masyarakat tidak mengambil sarapan. √ P2
Antara kebaikan sarapan ialah sebagai pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari.√ S2 Selain itu, dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan √S2 serta membantu sesorang untuk fokus di tempat kerja atau sekolah.√S2 Seterusnya, sarapan juga mampu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan seseorang √2 dan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat iaitu lipoprotin berketumpatan rendah di dalam darah. √2 Akhirnya, sarapan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. √2
Antara punca masyarakat tidak mengambil sarapan ialah kerana kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan √T2 disebabkan kesibukan bekerja. Ibu bapa juga tidak menitik beratkan sarapan dalam ahli keluarga menyebabkan tidak mementingkan sarapan. √T2
Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat haruslah memastikan pengambilan sarapan √ agar melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan produktif.√ K2
[120 patah perkataan]
P = 2
S = 12
T = 4
K =2
_____
ISI = 20
BAHASA = 10
__________________
30 MARKAH
2 ulasan:
Ini soalan dari set mana
Ringkasan manfaat sarapan
Catat Ulasan