SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan
tiga:
(i)
kata majmuk.
(ii)
Kata nama terbitan
(iii)
Kata kerja transitif
(iv)
Kata kerja tidak transitif
(v)
Kata adjektif
(vi)
Kata hubung
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
Yang
berusaha, Tuan Haji Kuswandi bin Tayen, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Jauhari, barisan guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru
cemerlang, guruguru,dan rakan-rakan yang dikasihi. Bersempena dengan Hari Air Sedunia
yang akan disambut pada 22 Mac setiap tahun, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk, “Kepentingan Sukan Air”.
Hadirin yang dihormati,
Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Saya percaya hadirin gemar
berkelah dan bersantai di badan air seperti di tepi pantai, jeram, dan taman tema air, bukan?
Namun, selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah hadirin
mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air.
Walau bagaimanapun, aspek keselamatan perlu juga dijaga supaya tidak berlaku tragedi
akibat daripada tergelincir di batu yang licin, dibawa arus yang deras dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan