SOALAN 8(II)
LATIHAN 1.
(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji
, jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina
karya Nizar Parman. Dalam novel ini
terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.
Antara peristiwa yang menarik dalam
novel ini ialah peristiwa Umi melihat persembahan
tarian zapin Haiqal dan See Hwa Semasa persembahan
dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah
sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi
sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan
ayahnya. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya
merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah
kayan.
Selain itu, peristiwa yang menarik
seterusnya ialah Peristiwa
ketabahan watak utama Haiqal menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan
arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana
Uminya tidak menyokong tindakan tidak akan memberikan wang belanja kepada
Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini
menarik kerana memaparkan ketabahan dam kasih sayang seorang remaja untuk
mengetahui kisah hidup arwah ayah kandungnya
Peristiwa menarik yang terakhir
ialah peristiwa
Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya
Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama. Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke
balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya
ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat
melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu..
Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,
ayahnya seorang yang hebat. .. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat
bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan
Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5
LATIHAN
2:
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan
teladan dalam kehidupan.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan..
Gunakan frasa
..kita hendaklah
Contoh
jawapan Esei:
(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji
, jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina
karya Nizar Parman. Dalam novel ini
terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.
Antara peristiwanya ialah peristiwa Umi melihat
persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa
Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid
dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang
balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk
menghidupkan semula pejuangan ayahnya.
Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap
kasih sayang dalam ahli keluarta. Umi
akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya
Abdullah Kayan.
Selain itu, peristiwa yang boleh
dijadikan teladan seterusnya ialah peristiwa
Haiqal tabah menghadapi cabaran
untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas
sendirian ke Johor kerana Uminya tidak
menyokong tindakan tidak akan
memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah tabah menempuh cabaran
dan rintngan untuk mencapai yang diingini.
Kita juga haruslah mempunyai perasaan
kasih sayang kepada keluarga terutama
ayah dan ibu,
Peristiwa yang terakhir ialah peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu
Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di
Kampung Sri Purnama. Ong See Hwa dan
Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal
dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya
itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan
di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim, ayahnya seorang yang hebat. .. Peristiwa ini boleh
dijadikan teladan kerana dalam kehidupan bermasyarakat kita hendaklah
mengamalkan semangat bantu-membantu
tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan
Demikianlah peristiwa yang boleh
menjadi teladan dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan
5
5 ulasan:
terima kasih cikgu .karya cikgu sangat membantu saya dalam mengjawab soalan novel dengan senang .
Terima kasih
Terima kasih cikgu
tq cikgu
tq cikgu
Catat Ulasan