BAHASA MELAYU STADARD - SOALAN SPM 2021
Baca petikan bahasa
Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tapa mengubah struktur dan maksud asalnya. |
|
Setelah
datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.
Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala
Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada
aku, 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan
pekerjaan Seri Betara.
Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa
agung."
Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
|
JAWAPAN: Setelah berjumpa dengan Patih Gajah Mada, Kertala Sari duduk menyembah.
Lalu
kata Patih Gajah Mada, “Wahai anakku Kertala Sari, tujuan aku memanggil kamu ialah bapamu
telah berpesan kepada aku supaya mengasihi kamu kerana bapamu sudah mati
semasa melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara..
Mulai
sekarang, anakku Kertala Sari akan dilantik sebagai penggawa agung. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan