HALAMAN 2

Memaparkan catatan dengan label BAHASA MELAYU STANDARD KEPIMPINAN MELALUI TELADAN - T4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAHASA MELAYU STANDARD KEPIMPINAN MELALUI TELADAN - T4. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2022

LATIHAN MENUKAR BAHASA MELAYU STANDARD




Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tapa mengubah struktur dan maksud asalnya.

 

               Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.  Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.  Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “ Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” 

                Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

                Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya Hitam?”


   Dipetik daripada ' Burung Terbang dipipis lada' Antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5.                                                                             

                                                                                                    (6 markah)

JAWAPAN:

            Baginda telah berfikir tentang cara bagaimana hendak mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

            Lalu baginda telah mengarahkan Seri Nara Diraja untuk datang menghadap baginda.  Seri Nara Diraja telah datang menghadap baginda.

                 Kemudian, titah Sultan Muzaffar Syah, " Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?"

                  lalu sembah Seri Nara Diraja, " Jika ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah patik bersetuju, tuanku."

                    Titah baginda, " Mahukah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Bulan anak orang Kaya Hitam?"








BAHASA MELAYU STADARD - SOALAN SPM 2021

 

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula   petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tapa mengubah struktur dan maksud asalnya.

 




      Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.

 

Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara.

 

 


Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

 

 

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

[6 markah]

 

 

    JAWAPAN:


 Setelah berjumpa dengan Patih Gajah Mada, Kertala Sari duduk menyembah.

 

Lalu kata Patih Gajah Mada, “Wahai anakku Kertala Sari, tujuan aku memanggil kamu  ialah   bapamu telah berpesan kepada aku supaya mengasihi kamu kerana bapamu sudah mati semasa melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara.. 

 


Mulai sekarang, anakku Kertala Sari akan dilantik sebagai penggawa agung.

 







Isnin, 10 Oktober 2022

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD


Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya



BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung,

“Hai, Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!”

 

Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kmpungnya. 

 

 

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

 

Lalu Baginda bertitah kepada Temenggung.

“Wahai,Temenggung,perintahkan semua rakyat dan semua saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing.”

 

Kemudian, Temenggung menyuruh orangnya untuk menyampaikan titah baginda kepada orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing.


Setelah hari malam, Temenggung telah mengarahkan orang-orangnya berkawal dengan pelbagai senjata seperti lembing dan perisai.  Kemudian semua saudagar telah berkawal di kampung masing-masing.

 











Khamis, 11 Ogos 2022

LATIHAN MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD


LATIH TUBI BAHASA MELAYU STANDARD
SET 2 (SPM 2021)


BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD 

 

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.

Setelah bertemu dengan Patih Gajah Mada, Kertala Sari duduk menyembah

 

Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku,

Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara.

 

lalu Patih Gajah Mada berkata, "Wahai, anakku Kertala Sari, tujuan aku memanggil kamu adalah untuk menyampaikan pesanan bapamu kepada aku supaya mengasihimu kerana bapamu telah dibunuh ketika melaksanakan arahan Seri Betara."

Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

 

Sekarang aku hendak melantik kamu sebagai penggawa agung,”

 

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysi 

[6 markah]


 





Ahad, 8 Ogos 2021

LATIH TUBI BAHASA MELAYU STANDARD SET 1 - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN (ANTOLOGI JAKET KIJANG DARI ISTANBUL

SET 1
SMK CONVENT(M) BATU PAHAT

Nama :                                        

Tingkatan: 4 PD

Kertas Modul SPM Kertas 2,

Bahagian A - Soalan 4 (Set 1)

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini asalnya dengan teliti.  Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud.

BAHASA MELAYU KLASIK

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis , seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, "Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”

                                                                                                  (6 markah)

 

BAHASA MELAYU STANDARD

Jawapan:

Setelah ibu Kertala Sari mendengar kata-kata anaknya itu, maka ibu kertala Sari pun menangis lalu berkata, " Wahai anakku, bapamu sudah meninggal dunia/mati dibunuh oleh seorang pahlawan Melayu yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka."


Setelah Kertala Sari mendengar kata-kata ibunya itu, Kertala Sara berasa terlalu marah lalu berkata, "Siapakah yang telah mengarahkan pembunuhan bapaku itu, supaya negeri Majapahit ini akan habis  kubinasakan?"