HALAMAN 2

Memaparkan catatan dengan label NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN T2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN T2. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2020

Bab 12: Tipu Helah Inggeris



Bab 12: Tipu Helah Inggeris

-    Dalam dua tiga minggu itu keadaan di Semantan tenang

-    Datuk Panglima Raja akan membawa 100 orang ke Batu Hampar

-   200 orang lagi akan berkubu dekat Pasir Tuk Anjang - mereka akan diketuai oleh Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin

-   Zahid, Mat Lela, dan Tuk Selampit akan berkawal di Lubuk Sengarat

-    Menurut Datuk Bahaman, perjuangan mereka kali ini lebih sulit - pasukan musuh yang terdiri daripada 50 orang mata- mata Inggeris akan diketuai oleh Desborough sendiri

-    Mereka akan tiba bersama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali

-    Datuk Bahaman berkata bahawa kalau askar-askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh, mereka akan berundur

-    Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar

-    Menjelang senja, perahu yang membawa Desborough tiba di Lubuk Terua - tidak ada askar-askar sultan di dalam perahunya

-    Sebaik-baik sahaja bahagian haluan perahu itu bersetentang dengan rantai besi yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu

-    Perahu Desborough terbalik - Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air

-    Para pengikut Datuk Bahaman menghujani mereka dengan bambu runcing

-    Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi

-    Datuk Bahaman mengarahkan Samad memukul tabuh

-    Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris

-   Askar-askar sultan terpinga-pinga - mudik semula ke Kuala Semantan
-    Keadaan di Semantan kembali tenang

-    Mat Kilau datang ke Pulau Tawar - membawa berita - Clifford tidak berpuas hati - tidak ada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera - menganggap mereka sudah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman

-    Clifford menggugut sultan - kalau sultan tidak bersungguh- sungguh menentang Datuk Bahaman, ertinya baginda menyebelahi penderhaka - boleh dibuang ke mana-mana pulau di Lautan Hindi

-    Roger sangat marah kepada Datuk Bahaman - akan mudik ke Semantan - membawa sultan dan Tengku Ali


-    Mat Kilau mengusulkan agar Datuk Bahaman berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak


Bab 13: Sebuah Perjanjian


-    Berita kedatangan musuh disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut

-   Empat hari kemudian, Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat

-   Roger memang mudik seperahu dengan sultan dan Tengku Ali

-   Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak, dan orang tua ke Darat Kelubi

-   Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang - dari sana senang mereka hendak melarikan diri ke Darat Kelubi

-   Tuk Selampit tidak bersetuju mereka melarikan diri - mahu menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Inggeris

-   Datuk Bahaman bertegas - Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di sebelahnya

-   Suasana di Lubuk Sengarat sepi

-   Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa musuh sudah sampai
-   Rodger berada di dalam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat - dia diapit oleh sultan dan Tengku Ali

-   Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman

-   Perahu-perahu yang membawa mata-mata Inggeris dan askar- askar sultan berlalu

-   Tuk Selampit beredar dalam keadaan marah

-   Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada malam itu juga

-   Sultan memang menyokong perjuangan mereka - dalam dilema - mahu perjuangan esok perjuangan yang penghabisan

-   Selepas itu, Datuk Bahaman dan para pengikutnya perlu meletakkan senjata - menjalani kehidupan seperti biasa

-   Sultan akan mengampunkan mereka - menganugerahkan pangkat dan kuasa kepada Datuk Bahaman semula

-   Mengikut perjanjian yang dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman, esok askar-askar sultan akan naik ke darat dan pura-pura berperang dengan pihak Datuk Bahaman

-   Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara

-   Lewat tengah hari, pihak Datuk Bahaman akan melarikan diri

-   Pihak sultan dan Inggeris akan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger menyaksikan kemenangan itu







Analisis novel Darah Titik Di Semantan -Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua




Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua

-   Sekumpulan askar sultan naik dari pasir Tuk Anjang diikuti oleh pasukan kedua, ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya hingga tebing Pasir Tuk Anjang dipenuhi askar-askar sultan

-   Tidak berapa lama kemudian, tembakan pertama dilepaskan oleh askar sultan diikuti oleh tembakan kedua, ketiga, dan seterusnya

-   Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan - semua tembakan dihalakan ke udara sahaja

-   Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan di pahanya

-   Tidak lama kemudian, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya - dia tidak dapat diselamatkan

-   Datuk Panglima Raja menyuruh para pengikutnya mengamuk

-   Datuk Bahaman tidak membenarkan mereka mengamuk - beliau berpegang pada janji

-   Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid - melompat keluar dari kubu - melepaskan tembakan ke arah askar sultan - sasarannya meleset

-   Bahu Datuk Panglima Raja cedera akibat ditembak askar sultan

-   Datuk Bahaman mengheret Datuk Panglima Raja masuk ke dalam kubu

-   Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri

-   Nasib mereka malang - ketua askar sultan menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh

-   Menjelang waktu Zuhur, bunyi tembakan tidak kedengaran lagi

-   Perajurit-perajurit Semantan berundur ke Darat Kelubi

-   Askar-askar sultan bersorak kemenangan

-   Rodger mengucapkan tahniah kerana mereka telah menang dan mengatakan bahawa Datuk Bahaman mungkin telah mati

-   Mat Kilau datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman - membawa surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad

-   Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad

-   Semua yang menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman

-   Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu Hampar
  Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah tinggal         keseorangan







Binaan Plot Novel Darah Titik Di Semantan

Image result for darah titik disemantanImage result for darah titik disemantan




Plot
Binaan Plot

(a)   Permulaan - 

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka.

(b)   Perkembangan - Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. 

Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang Muhammad.

(c)   Perumitan/Konflik - 

Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail ditangkap Desborough. 

Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. 

Peperangan telah bermula. Rodger mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema. Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar- askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.

(d)   Klimaks - 

Askar-askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnya menghalakan senapang ke udara. 

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. 

Namun begitu, mereka berdua ditikam oleh ketua askar sultan.

(e)   Peleraian - 

Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir janji. 

Datuk Bahaman sendiri tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

Isnin, 17 Februari 2020

Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan


Image result for gambar pahlawan melayu lama




Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan

-   Mesyuarat malam itu berbeza

-   Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh:
-   membawa lima, enam puluh orang di rumah pasung untuk menyerang Bentong pada malam itu juga
-    mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentong
-    mengalahkan Inggeris
-    merampas senjata Inggeris

-   Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela akan ke Temerloh - mereka akan mengambil mayat Ismail - mengebumikannya di Semantan - menghancurkan kekuatan Inggeris di sana

-   Zahid, Awang Muhammad, dan Samad akan mengikut Datuk Bahaman ke Semantan

-   Rahman akan menolong Hassan Tahmid - mereka diminta menghebohkan tentang perang kepada orang ramai

-   Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat, lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh

-    dijangka sampai pada malam itu juga - mereka akan menyelamatkan mayat Ismail - mengebumikannya esok

-   Selepas selesai mesyuarat, semua orang beredar

-   Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Lajis mengikut Datuk Bahaman menghilir ke Kuala Semantan - tiba di Kuala Semantan sebelum subuh

-   Lajis memimpin mereka ke kedai kopinya

-   Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung - berhenti tiga puluh depa daripada rumah pasung itu - membaca sesuatu
-   dua orang mata-mata Sikh terlentok tidur

-   Mayat Pak Uda Ismail dibawa ke perahu

-   Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Pak Uda Ismail esoknya

-   Datuk Bahaman dan orang-orangnya bergerak ke rumah pasung

-   Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam - semua mata- mata Sikh dibunuh - senapang dan peluru mereka dirampas