Objektif: 1. Pelajar akan membaca bab yang diarahkan
2. Mengisi tempat-tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai untuk melengkapkan
sinopsis setiap bab.
Arahan:
Baca Bab 5 hingga 11, Novel Istana Menanti
Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
bagi melengkapkan sinopsis
Jawapan boleh diperoleh dalam bab-bab tersebut sahaja.
ANALISIS BAB 5 –SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI MELAKA
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk
melengkapkan sinopsis berikut.
1.
Pada keesokan harinya, mereka memulakan perjalanan untuk
mendaki Gunung Datuk. Dalam perjalanan,
Tuk Ngah telah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka. Menurut Tuk Ngah, Nama negeri Melaka berasal
daripada nama _______________. Bermula
dengan peristiwa anjing yang digunakan oleh ______________ untuk berburu
ditendang oleh ______________ sehingga jatuh ke dalam sungai. Lanjutan dari peristiwa itu, baginda
bercadang untuk membuka negeri dan mengambil nama Melaka kerana ketika itu
baginda sedang berteduh di bawah pokok tersebut.
2.
Parameswara ialah putera dari ____________ yang melarikan
diri ke ___________ yang berada di bawah
_______________ pada tahun 1390.
Baginda kemudian telah membunuh __________ , pemerintah Temasik
menyebabkan angkatan Siam menyerang Temasik dan Parameswara telah melarikan
diri ke ______________ lalu pergi ke
_______________ dan membuka negeri di situ.
3.
Untuk menjamin keselamatan negeri Melaka dari ancaman Siam,
Parameswara telah menjalinkan hubungan baik dengan negeri _______ dengan
menghantar utusan ke negeri tersebut sambil membawa ___________ pada tahun
_________.
4.
Dalam tahun _______, Parameswara telah memeluk agama Islam
dan mengahwini ________________ lalu menukar nama kepada
________________________. Melaka telah
menjadi pelabuhan yang penting di _____________ dan menjadi tumpuan
pedagang-pedagang Islam dari ____________ dan ___________ untuk berniaga.
5.
Pada tahun ___________ Parameswara mangkat dan digantikan
oleh putera baginda ______________________.
6.
Sultan
____________________ juga meneruskan hubungan baik dengan negeri China
dan menjadikan pelabuhan Melaka sebagai tempat persinggahan para pedagang dari
_______, __________ dan ______. Agama
Islam juga tersebar di negeri-negeri di Tanah Melayu.
7.
Kira-kira sejam lamanya berjalan, kumpulan remaja itu dan Tuk
Ngah berhenti rehat di ________________ yang menurut Tuk Ngah tempat tersebut
merupakan tempat ___________________ dan __________________ bersiram dan
bermain.
8.
Mereka meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Datuk, sambil
meninggalkan tanda supaya tidak tersesat ketika balik. Tuk Ngah sentiasa mengingatkan mereka supaya
tidak ______________ untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti
tersesat jalan.
ANALISIS BAB 6 – MENEMUI ISTANA MENANTI
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk
melengkapkan sinopsis berikut.
1.
Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berjaya sampai ke
puncak Gunung Datuk dan menjumpai Istana Menanti. Binaan istana itu sungguh indah dengan
____________ yang indah dan halus.
Terdapat ______ batang tiang yang diperbuat daripada kayu keras dan _______ buah tingkap dan ______
pintu. Istana tersebut mempunyai
anggaran keluasan __________ meter. Atap
istana tersebut ___________ seperti tanduk kerbau.
2.
Tuk Ngah kemudian menceritakan asal usul nama Minangkabau
iaitu bermaksud _____________________.
ANALSIS BAB 7 – TEROWONG BAWAH TANAH
1.
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berjaya memasuki istana tersebut
melalui tingkap istana. Mereka mendapati
keadaan dalam istana tersebut menghairankan kerana seperti
_________________________________________.
2.
Kemudian mereka memasuki salah sebuah bilik peraduan raja yang
dipenuhi ___________ yang cantik.
Tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup menyebabkan mereka bertiga
terperangkap di dalamnya. Dalam usaha
mencari jalan keluar dari bilik tersebut Fadhil menemui __________ yang membawa
mereka menemui sebuah _____________________ yang gelap gelita.
3.
Dengan bantuan cahaya lampu suluh, mereka bertiga masuk dan
menyusuri terowong tersebut dan terkejut apabila menemui _____________ dan
____________ yang menghuni terowong
tersebut.
4.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi ____________ dari
arah hujung terowong. Mereka kemudian
bersetuju untuk berpatah balik ke belakang untuk menyiasat keadaan tersebut.
BAB 8 – TERPERANGKAP DI DALAM BILIK PERADUAN DAN MENDAPAT KAWAN BAHARU
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk
melengkapkan sinopsis berikut.
1.
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berpatah balik dan masuk semula
ke bilik peraduan raja dengan perasaan __________ dan ___________. Berbagai-bagai andaian buruk ditimbulkan oleh
mereka tentang suara yang mereka dengar di hujung terowong tadi. Mereka meneruskan usaha untuk keluar dari
istana tersebut.
2.
Setelah gagal mendari jalan keluar, ketiga-tiga mereka
mengambil keputusan untuk menunggu di dalam bilik tersebut sehingga _________
sampai.
3.
Mereka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
yang turut tersesat di dalam terowong tersebut.
Pemuda yang bernama __________ menceritakan beberapa peristwa yang
dialaminya semasa sampai di istana lama itu, antaranya semasa sampai di istana
tersebut dia telah mendengar perbualan beberapa orang lelaki dalam bahasa
________ dan _________. __________ makanan
yang dibawanya juga hilang secara tiba-tiba.
Lelaki itu juga tersesat di dalam terowong dan hampir __________
beribu-ribu ekor tikus, terserempak dengan ___________, dan mendengar
___________________. Setelah gagal
mencari jalan keluar akhirnya mereka terpaksa bermalam di dalam bilik tersebut.
BAB 9 – AH SENG DITANGKAP OLEH PENJENAYAH.
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk
melengkapkan sinopsis berikut.
1.
Pemuda itu akhirnya mengakui bahawa dia sebenarnya penuntut
di ________________ yang tertarik dengan sejarah Rembau dan ingin menyelidik
sejarah Istana Menanti.
2.
Ah Seng yang sakit perut terpaksa turun ke dalam terowong
seorang diri untuk membuang air.
Tiba-tiba, kepala Ah Seng diketuk oleh seorang lelaki bernama ________________
hingga pengsan.
3.
Apabila tersedar dari pengsan, Ah Seng mendapati dirinya
berada di atas tanah yang ________________ dan kepalanya _____________. Ah Seng dapat mendengar perbualan tiga orang
lelaki yang sendang menggali tanah. Ah
Seng tidak dapat melarikan diri kerana _________________. Menurut salah seorang lelaki itu,Ah Seng
ditangkap kerana mengganggu tugasnya.
Dia berjanji akan melepaskan Ah Seng setelah tugasnya selesai.
4.
Lelaki tua itu menggelar dirinya dan rakan-rakannya sebagai
_____________________________ yang berjuang untuk membebaskan negara daripada
penjajahan ___________. Mereka telah
datang ke Istana Menanti untuk mengambil
________ yang ditanam di dalam terowong tersebut kira-kira _______ tahun
dahulu.
5.
Walaupun Ah Seng cuba menyakinkan orang tua
itu bahawa negara kita telah lama __________ namun lelaki tua itu menganggap Ah
Seng masih kanak-kanak dan tidak memahami erti
_____________________________________.
ANALISIS BAB 10
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan
sinopsis berikut.
1.
Fadzil, Ramasami dan Khairil masuk ke dalam terowong untuk
mencari Ah Seng yang hilang. Mereka
berasa bimbang kerana menemui ______________ Ah Seng dan mendapati ada
kesan-kesan _______________________ yang menunjukkan Ah Seng dalam kesusahan.
2.
Mereka terserempak dengan beberapa orang lelaki yang
bersenjata api seperti ________ dan ____________. Mereka telah ditangkap dan diarahkan untuk
______________ tanah bagi mendapatkan harta yang tertanam di dalamnya.
3.
Mereka menemui semula Ah Seng yang dalam keadaan
selamat. Mereka memulakan kerja setelah
diberi __________ dan ___________.
4.
Mereka berasa sngat takut kerana lelaki-lelaki tersebut
___________________ dan merancang agar salah seorang daripada mereka mesti
___________________________tetapi rancangan mereka sangat berbahaya kerana
lelaki-lelaki tersebut ada ___________________ dan mereka sendiri tidak tahu
____________________.
ANALISIS BAB 11
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk
melengkapkan sinopsis berikut.
1.
Bapa Fadhil ______________, bapa Ramasamy _____________ dan
bapa Ah Seng _______________ sangat bimbang setelah anak mereka masih belum
pulang setelah hari malam. Nenek Timah
juga bimbang kerana Tuk Ngah belum pulang. Mereka bimbang anak-anak mereka dalam
kesusahan. Orang-orang kampung
______________ turut datang berkumpul untuk memberi bantuan.
2.
Orang kampung ke balai polis dan laporan dibuat kepada
___________________. Pihak polis dan
orang kampung bersetuju untuk membuat gerakan mencari mereka yang hilang.
SELAMAT MENCUBA !!!
Cikgu Chom
SELAMAT MENCUBA !!!
Cikgu Chom
2 ulasan:
thank you lah cikgu chom sebab berikan soalan2 yng macm ni....walaupun sya tinggal kat Sabah tapi sya dapt tahu tntng kisah ini :)
Sama-sama, terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog saya.
Catat Ulasan