Soalan:
Tanggal 31 Ogos setiap tahun , sambutan bulan kemerdekaan akan diadakan sama ada di peringkat kebangsaan, peringkat negeri mahupun di peringkat sekolah. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan di sekolah pada setiap tahun. Karangan anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan.
Analisis soalan:
Tema : sambutan perayaan Hari kemerdekaan di sekolah
Arahan : kebaikan mengadakan sambutan hari kemerdekaan di sekolah
Format : tiada (pendapat)
isi penting
Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah dapat;
1. memupuk semangat patriotik atau semangat cintakan tanah air dalam
kalangan pelajar
2 memupuk semangat perpaduan kaum
3. menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan tanah air
kalangan pelajar
2 memupuk semangat perpaduan kaum
3. menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan tanah air
KARANGAN CONTOH
Tanggal 31, Bulan 8, tahun '57, Merdeka!Merdeka! Tetaplah Merdeka. Ia pasti menjadi sejarah. Hari yang mulia, hari bahagia, sambut dengan jiwa yang merdeka.....
Mari kita seluruh rakyat negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka.
Merdeka !!
Demikianlah antara bait-bait lagu keramat dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang biasanya akan berkumandang di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen setiap kali menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang tercinta.
Memang tidak dapat dinafikan, perayaan hari kemerdekaan negara akan kita sambut setiap pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tahun ini, iaitu tahun 2013, negara kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 tahun dengan tema, 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya darahku. Sebenarnya sambutan hari kemerdekaan ini mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. Malah, hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Manakala sambutan di peringkat sekolah pula, dipanggil sambutan Bulan Kemerdekan yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah iaitu, para pentadir, guru, pelajar-pelajar dan juga kakitangan sokongan.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, antaranya pelbagai pertandingan dijalankan seperti, melukis poster, menulis esei , mendeklamasi puisi patriotik, nyanyian lagu-lagu patrotik oleh badan-badan beruniform, dan sebagainya. Setiap kelas pula dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang dan pelajar-pelajar berlumba-lumba menghias kelas dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah hiasan kelas paling cantik. Oleh itu, sambutan hari tersebut terutama dalam kalangan pelajar di sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan generasi muda yang mampu mengerti dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta. Apakah sebenarnya kebaikan-kebaikan sambutan hari kemerdekaan ini di sekolah?
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, antaranya pelbagai pertandingan dijalankan seperti, melukis poster, menulis esei , mendeklamasi puisi patriotik, nyanyian lagu-lagu patrotik oleh badan-badan beruniform, dan sebagainya. Setiap kelas pula dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang dan pelajar-pelajar berlumba-lumba menghias kelas dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah hiasan kelas paling cantik. Oleh itu, sambutan hari tersebut terutama dalam kalangan pelajar di sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan generasi muda yang mampu mengerti dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta. Apakah sebenarnya kebaikan-kebaikan sambutan hari kemerdekaan ini di sekolah?
Sememangnya, antara kebaikan program sambutan hari kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Di peringkat sekolah, biasanya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah seperti ceramah , pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan sebagainya yang menjurus kapada sejarah kemerdekaan tanah air atau tokoh-tokoh pemimpin negara kita. Justeru, pelajar-pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah negara kita dalam usaha mencapai kemeredekaan daripada penjajahan Inggeris. Pelajar juga akan mengetahui dan menghayati bagaimana sukarnya tokoh-tokoh pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. Justeru, diharap sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotik yang kian luntur dalam sanubari generasi muda di negara kita.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Kita sebenarnya tidak mahu wujudnya kalangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri, mementingkan kehendak bangsa sendiri dan mengabaikan masyarakat di sekeliling yang berlainan bangsa, agama dan budaya. Dengan ini, sikap individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dapat dikikis dalam diri setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu semangat kekitaan akan wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan mengukuhkan semangat bersatu padu dengan matlamat yang sama iaitu untuk memastikan negara Malaysia sentiasa aman, makmur dan maju jaya setanding dengan negara-negara maju di persada dunia.
Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah tayang filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan sejak zaman residen Inggeris di tanah Melayu seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela sehinggalah ke zaman tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya diharap dapat mememberi kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar tentang pahit getir para pejuang kemerdekaan yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu dengan keringat dan darah. Seterusnya, pelajar akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. Generasi muda juga diharap akan sentiasa berusaha memelihara keamanan dan kemakmuran negara agar berkekalan.
Kesimpulannya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di peringkat sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kanak-kanak di bangku sekolah masih mudah dilentur untuk mencintai dan menghargai Malaysia tanah tumpah darah kita. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan melangkah sederap untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara. Sambutan hari kemerdekaan diharapkan mampu menjadi wahana yang penting dalam memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira keturunan, bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Bersyukurlah dan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan negara dan pemimpin kita yang berjaya menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara maju, aman dan makmur. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 pada tanggal 31 Ogos 2013.
9 ulasan:
Cikgu mengenai isi pnting tu..adakah stiap satu perenggan satu isi
Terima kasih untuk karangan ini.. izinkan saya ambil isi isi karangan, halalkan ya..
thnk youuu.....
Thankss
aaaa.. nk copy!
terima kasih atas perkongsian.minta izin ambil sedikit isi.
terima kasih cikgu kerana memberi karangan yng mntp buat kami
Fngffhc Highfield j chaos's
Hi
Catat Ulasan