Soalan Format PT3
Berdasarkan
novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan tiga nilai murni yang
terdapat dalam novel tersebut. [10
markah]
Model
Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh
dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kegigihan. Contohnya, Razali
dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan
Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan
kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya
mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran
ANGKASA.
Selain itu, terdapat juga nilai
bertanggungjawab. Ini jelas
dapat dilihat melalui peristiwa Razali dan
ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain
melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk
memajukan koperasi sekolah mereka.
Nilai
yang terakhir ialah nilai kasih sayang.
Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang
kepada Razali. Mak Sopiah sanggup
merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan
meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat
menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu
Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran
Model Soalan
Terdapat
banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk dijadikan
pedoman dalam kehidupan. Berdasarkan
novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [10 markah]
Model
Jawapan:
Novel
yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab
F.I. Terdapat banyak pengajaran yang
diperoleh dalam novel ini. Pengajaran
yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
Antara
pengajarannya ialah , Kita
hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli
lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek
ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka
telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Pengajaran
yang seterusnya ialah, Kita
janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya,
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik
menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah.
Selain
itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Contohnya,
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri
Kayangan yang lain melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh
tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
Pengajaran terakhir
ialah,
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya
hidup sentiasa bahagia dan gembira.
Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah
kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali
kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh
Pak Zakaria dari rumah mereka.
Cikgu Chom
2 ulasan:
boleh bagi contoh konflik dalaman dan konflik luaran novel sejambak bakti??
assalamualaikum..mohon izin kongsi ilmu ini dengan murid-murid,,terima kasih
Catat Ulasan