Sekolah memainkan
peranan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan
murid. Jelaskan aktiviti-aktiviti
yang dapat memupuk perpaduan kaum di sekolah.
Perpaduan merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian rakyat dan keamanan negara. Dalam konteks negara kita yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, semangat bersatu-padu, hormat-menghormati dan bertolak ansur sangat penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Selaras dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha-usaha memupuk perpaduan perlu dijadikan keutamaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah supaya murid-murid dapat dipupuk dan disemai dengan nilai-nilai perpaduan antara kaum sejak di peringkat awal lagi.
Sebenarnya, aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan dalam kumpulan turut memainkan peranan menyemai nilai-nilai perpaduan dalam sanubari murid-murid yang masih mentah. Guru-guru mesti memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui aktiviti kumpulan ini, murid-murid akan belajar nilai bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan hormat-menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya, dalam menyiapkan tugasan Bahasa Melayu, mereka akan bekerjasama mengumpul isi-isi, saling bertukar idea dan pendapat, bersatu-hati memastikan tugasan dapat disiapkan sebaik mungkin mengikut tarikh yang ditetapkan dan seterusnya mendapat pujian dan penghargaan daripada guru. Jelaslah, melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat mengamalkan semangat bersatu-padu tanpa mengira kaum. Aktiviti seumpama ini mesti terus dipraktikkan di sekolah sebagai usaha untuk mencapai aspirasi perpaduan kaum, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Sebenarnya pihak sekolah telah pun merancang aktiviti-aktiviti dalam program RIMUP yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran di sekolah-sekolah. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program Sambutan Hari Raya di peringkat sekolah umpamanya merupakan satu program RIMup yang hebat dalam usaha memupuk perpaduan. Melalui aktiviti ini, murid-murid Cina dan India berpeluang mempelajari dan mengalami sendiri budaya masyarakat Melayu ketika menyambut perayaan hari raya. Contohnya, murid-murid lelaki Cina dan India begitu tampan mengenakan baju Melayu lengkap bersamping, manakala yang perempuannya pula manis mengenakan baju kurung dan berkebaya. Murid-murid juga bekerjasama menyiapkan kerja-kerja untuk memastikan sambutan berjalan lancar. Justeru, program RIMup memang dapat memenuhi aspirasi memupuk perpaduan melalui penglibatan murid pelbagai kaum dalam acara-acara yang diatur oleh pihak sekolah.
Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk semangat perpaduan. Pihak sekolah mesti memastikan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan-badan beruniform. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini mampu memupuk sikap saling bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati serta bersatu–padu. Contohnya, dalam aktiviti perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama mendirikan khemah, memasak makanan, melakukan aktiviti berkumpulan membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India. Oleh itu, kegiatan kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.

Pelajar Cina manis dan sopan berbaju kurung |

Dua murid lelaki tampan bergaya berbaju Melayu lengkap bersamping |
Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk semangat perpaduan. Pihak sekolah mesti memastikan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan-badan beruniform. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini mampu memupuk sikap saling bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati serta bersatu–padu. Contohnya, dalam aktiviti perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama mendirikan khemah, memasak makanan, melakukan aktiviti berkumpulan membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India. Oleh itu, kegiatan kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Seterusnya, aktiviti
bergotong-royong yang sering dijalankan di sekolah turut membantu menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan murid berbilang
kaum di sekolah. Sebagai contoh, dalam
kegiatan bergotong-royong menceriakan dan membersihkan kelas atau kawasan
sekolah, murid-murid akan belajar nilai bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu
tugas bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing. Murid-murid akan bekerjasama
mengelap cermin tingkap, menanam pokok bunga, membuang sampah, mengecat dinding
dan sebagainya. Oleh itu, secara tidak langsung, aktivii ini akan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum.
Tidak kurang pentingnya,
guru-guru di sekolah sewajarnya sentiasa mengingatkan dan menanam kepentingan
perpaduan dalam sanubari murid-murid di sekolah. Umpama air yang menitis ke batu, lama
kelamaan batu yang keras akan lekuk juga, begitu jugalah perumpamaan
diri murid-murid. Jika setiap hari lima
minit sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru memberi
maklumat tentang kepentingan perpaduan serta sentiasa menitikberatkan
penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kumpulan perbincangan di dalam
kelas, sudah tentu semangat perpaduan ini akan berkesan di hati mereka. Tidak lupa, guru-guru sebagai contoh teladan
yang akan diperhatikan dan dicontohi oleh murid-murid mesti mengamalkan semangat
perpaduan dalam kalangan guru-guru dan kakitangan sokongan di sekolah.
Tambahan pula, perpaduan juga boleh dipupuk melalui aktiviti sukan. Sementelahan pula, sukan merupakan aktiviti yang sangat penting di
sekolah-sekolah. Rumah-rumah sukan
dibentuk dengan ahlinya terdiri daripada murid-murid berbilang kaum. Mereka berlatih bersama-sama, berusaha
bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan untuk
mencapai satu impian iaitu memastikan rumah sukan mereka menang dalam
acara Sukan Tahunan di sekolah ataupun sekolah mereka menjadi juara di peringkat daerah, mahupun di peringkat kebangsaan.
Contohnya, di sekolah ada rumah sukan Laksamana, Bendahara, Bentara dan
sebagainya. Semangat kesukanan tanpa
mengira batas kaum ini sudah pasti memupuk sikap sayang-menyayangi dan
hormat-menghormati antara murid-murid yang berbilang kaum. Justeru, aktiviti sukan di sekolah dapat
memupuk semangat perpaduan antara murid berbilang kaum .
Kesimpulannya, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid-murid. Umpama menyemai benih yang diharapkan hidup subur dan menghasilkan buah yang manis, bibit-bibit perpaduan mesti disemai, dibaja dan disiram dengan penuh kesabaran suapaya menghasilkan murid yang bersatu-padu dan saling menghormati. Perpaduan merupakan tonggak kekuatan dan keamanan negara. Justeru, murid-murid yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan mesti memiliki semangat bersatu-padu untuk memajukan negara dan mengekalkan kemedekaan dan keharmonian negara. Oleh itu, komitmen semua pihak turut diharapkan agar aspirasi murni negara iaitu mengekalkan perpaduan kaum dapat direalisasikan supaya negara kita kental daripada diancam oleh anasir-anasir yang cuba untuk memecahbelahkan rakyat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

14 ulasan:
Saya copy sedikit maklumat tentang RIMup ye. Tkasih
Em.. Klau boleh dalam bentuk point mungkin lebih membantu pelajar utk lebih paham.
ainajoo
Terima kasih for the idea at all. Juga idea penting yang atas tadi
.
terima kasih...ianya sangat membantu
Bagus Cikgu Chom...Terima Kasih Cikgu
Boleh bagi yang lain
Sangat bagus
👌
Bolehlah..tapi boleh pendekkan sedikit kerana kalau terlampau banyak susah nak faham..
sangat membantu ^^
Autumn leaves r in the way and so distracting
Catat Ulasan