BAHAN
1: PETIKAN TEKS
Baca
petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian
buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Gaya
hidup sihat bermaksud seseorang individu yang mengamalkan gaya hidup silhat
dengan selalu menjalani aktiviti yang berfaedah serta menjaga pemakanan yang
sentiasa berkhasiat. Pada masa sekarang, sewajarnya masyarakat mengetahui kepentingan amalan gaya hidup sihat. Sebenarnya,
mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membawa banyak manfaat. Amalan gaya
hidup sihat bukan sahaja dapat menjamin badan yang sihat dan otak yang cerdas
malah membantu menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan. Amalan
ini juga dapat melahirkan rakyat yang inovatif bagi menggerakkan negara menuju
Wawasan. Justeru, rakyat perlu didedahkan dengan kaedah untuk mengamalkan
gaya hidup sihat.
Salah
satu kaedah untuk kekal sihat ialah melakukan
aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hal ini demikian
kerana, melalui aktiviti sukan kita dapat mengeluarkan peluh, iaitu dengan
mengeluarkan toksin yang terhasil dalam badan kita selain memastikan jantung
kita berfungsi dengan baik.
Kehidupan
yang sihat juga diperoleh apabila kita dapat mengurus
tekanan dengan cara yang baik. Hasilnya, seseorang individu akan
seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Selain itu, pengambilan
makanan yang seimbang juga penting dalam kehidupan seharian seseorang.
Pengambilan makanan yang seimbang mestilah berpandukan jadual piramid
makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya
mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga. Pada ketika itu, ibu
bapa akan memimpin anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di
samping anak-anak mendapat pengajaran dan pendidikan secara langsung daripada
kedua-dua ibu bapa mereka.
Rehat
yang mencukupi juga dapat memberikan kelegaan kepada otak untuk berehat.
Menurut kajian, seseorang individu perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam
sehari. Dalam tempoh rehat ini, sel-sel otak yang rosak dapat dipulihkan dengan
sempurna. Pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat perlu untuk mengetahui
tahap kesihatan seseorang.
Kesimpulannya,
setiap individu tidak haruslah menjadikan kesibukan aktiviti seharian sebagai
alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bak kata pepatah hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.
(Dipetik
dan diubah suai daripada Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat oleh
Soo Kai Huan, Dewan Siswa)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan