LATIHAN SOALAN BAHAGIAN B –
SOALAN 8 - NOVEL
TINGKATAN 5 ST
SET 1
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pada tahun 1993, pihak berkuasa
tentera telah menguasai politik Jepun dan mereka telah mewujudkan satu Dasar
Perluasan Kuasa dengan slogan Asia Timur Raya ataupun Asia untuk Orang
Asia. Mereka juga bercita-cita seluruh kawasan
Asia mesti berada di bawah kuasa politik Jepun.
Sebagai langkah pertama, pada tahun
1937, Jepun menyerang negara China dan berjaya menaklukinya. Ekoran daripada Tindakan itu, Amerika
Syarikat dan sekutunya Britain serta Belanda telah menentang pencerobohan itu,
lalu mengenakan sekatan ekonomi dan tentera kepada Jepun.
Jepun yang mempunyai ramai penduduk menghadapi
kesulitan akibat kekurangan bahan
pertanian dan bahan galian, terutamanya getah, bijih timah dan besi
untuk membangunkan perindustian mereka.
(Dipetik daripada novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa” karya Abdul Latip Ismail, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Nyatakan
kesan yang dialami oleh negara Jepun setelah negara itu menyerang negara China
demi merealisaskan cita-citanya untuk menakluk seluruh kawasan Asia.
[4
markah]
(ii)
Jawab
soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut;
(i)
Di
Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(ii) Silir Daksina , karya Nizar Parman
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang dapat memberi teladan kepada anda untuk menjadi modal insan yang mulia.
[6 markah]
SET2
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Selesai Latihan, Pak Haji Salam yang
juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang
dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan. Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang
terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas.
“Sebenarnya begini, selepas solat
isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan saya bahawa YB Shamsuri akan datang
dua minggu lagi. Katanya malam
minggu. Kebetulan pula, pegawai daripada
Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini
kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kit aini. Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini
dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin. Jadi, nampaknya kita perlulah membuat
persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas
Pak Haji Salam.
(Dipetik daripada novel “Silir Daksina”
karya Nizar Parman, Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Mengapakah
Pak Haji Salam ingin berbincang dengan Aku, Tauke Lim dan beberapa ahli
kumpulan zapin selepas selesai latihan?
(4 markah)
(ii)
Jawab soalan di bawah
ini berdasarkan novel-novel berikut;
(i)
Di
Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(ii) Silir Daksina , karya Nizar Parman
Berdasarkan dua novel
yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menarik perhatian anda.
(6
markah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan