BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
SOALAN
9: RUMUSAN
Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di
bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.
Penularan wabak COVID-19 secara
global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan korona virus telah
mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan
begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada
ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri
pembinaan dan pembuatan, industri pelancongan,
industri pertanian, industri pembinaan dan industri perkhidmatan. Hal
ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.
Sebanyak 20.5 juta orang hilang
pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang merupakan situasi paling
teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat kepada
14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia seluruh
dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam
sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan
aktiviti mereka, maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan
alam sekitar seperti sedia kala.
Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan
yang sedang melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta
dan badan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan
rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah,
terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan perkhidmatan sebagai pusat
kuarantin kepada individu yang baru pulang dari luar negara . Kementerian
Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan penularan
wabak yang lebih serius.
Dipetik dan diubah suai daripada Internet : BERNAMAoleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan