ASAL PADI
SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan
telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala
harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam
ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun
cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya
pula berlubang.
Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh
wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin
mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita
itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau
seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya
padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga
dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa
keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya
dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya
luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta
bekerja dengan penjaga dusun itu.
Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk
mengambil padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam
lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia
juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga
padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi.
Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi
yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di
kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah
hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi
hidup di bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak
dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan
apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun
empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula
Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai
di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu
kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah
tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.
TEMA
· Tema prosa tradisional
ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk
dibawa pulang ke bumi.
PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan
padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh
penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
·Kebijaksanaan mencari akal.
o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat
menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan
diketahui oleh yang empunya padi.
·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala
harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang
masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi
yang ditanamnya tidak dicuri orang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Si Bongsu
- Seorang lelaki.
- Seorang anak yatim piatu.
- Anak bongsu daripada dua
beradik.
- Seorang yang berani.
· Contohnya: Si Bongsu
telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.
- Seorang yang bijak mencari
akal.
· Contohnya :- Si Bongsu
mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar
padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.
- Seorang yang gigih
· Contohnya:- Si Bongsu
gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.
- Seorang yang rajin.
· Contohnynya :- Si
Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.
- Seorang yang berpandangan
jauh.
· Contohnya : Si Bongsu
mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.
Watak Sampingan
Si Sulung
- Abang kepada Si Bongsu
- Anak yatim piatu.
- Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan
adiknya yang kini berada di kayangan.
- Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh
melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan
peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
Empunya padi ( orang kayangan )
- Seorang yang sangat
berhati-hati
o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke
bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat
membawa padi pulang ke bumi.
- Seorang yang bertimbangrasa.
o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu
yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.
- Seorang yang baik hati
o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu
makan padi yang ditanamnya.
· Seorang yang cerdik
o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata
burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya
yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.
Burung Pipit
· Seekor burung yang
tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan
melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di
bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang
licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku
kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh
burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.
LATAR
Latar Masa
- Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang
wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat
pulang.
Latar Tempat
- Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung
dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.
- Di Kayangan
o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang
dipanggil padi di
o kayangan.
- Di kolam
o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di
kolam ikan Si Bongsu.
Latar Masyarakat
- Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung
dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.
- Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam
tinggal di kayangan.
- Masyarakat yang patuh kepada
arahan.
o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada
arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman
padi di bumi.
GAYA BAHASA
- Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat
ditolak.
- Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali
- sinkope
o Contoh: tak, ku
- imej alam
- o Contoh:
padi, burung pipit, burung tekuri
- Hiperbola.
- o Contoh:
benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
· Simile.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh
melekat satu sama lain, seperti kaki itik.
NILAI
- Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di
dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.
- Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan
adiknya dari kayangan.
- Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi
untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.
- Nilai kebijaksanaan.
o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia
dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan
diketahui oleh yang empunya padi.
PENGAJARAN
- Kita haruslah mempunyai
sikap patuh pada arahan ketua.
o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi
untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.
- Kita hendaklah bertindak
secara bijak dalam menyelesaikan masalah.
o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia
menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak
dapat dikesan oleh empunya padi.
- Kita wajar bersikap setia
kepada ahli keluarga.
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan
adiknya dari kayangan.
· Kita hendaklah gigih
berusaha untuk meneruskan kehidupan.
o
Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan