PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK
Binaan Plot
Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa sepeti tidak percaya dalam
usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya
meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa resah dan kurang yakin
kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan perniagaan itu. Farid
bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat perniagaan keluarganya
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarganya
itu. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam
menguruskan syarikat milik arwah ayahnya.
Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang
mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan
sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir
yang telah ditetapkan tuhan. Dia sendiri tahu bahawa ayahnya menghidap
penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah kepada
Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya,
Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan
keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan
batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab meninjau ke
bangsal para pekerjanya Lankanankan proses mencanting batik. Farid berasa risau
apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin
berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di
pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid.
Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi
oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan keputusan telah
diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu
seperti memperbesar bangsal dan menghasilkan batik moden.Mokhsein dan
Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di
Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden
berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.
Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan
batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan.
Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak
Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di
gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan
kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke
bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu
berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.
Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar
pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian
itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba
mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian itu.
Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas
tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid.
Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakcik itu. Mukhtar dijatuhkan
hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan