NOVEL
DARAH TITIK DI SEMANTAN
ARMAN SANI
ARMAN SANI
SINOPSIS
Novel
Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa
dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis,
Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua,
Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah seorang daripada Orang Besar
Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati
apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan
ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua
tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan
ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.
Hugh
Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita
berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah
disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger. Hugh Clifford telah mendesak
Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang
Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan
kehendak Clifford.
Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah
ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah
membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang
telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai
Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak
Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh.
Selain itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya
yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.
Datuk
Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung.
Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat
lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta
Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail.
Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga
meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan
peluru telah diambil.
Ekoran
kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh
Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang
askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk
berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame
bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana
perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk
Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki
Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris
yang lain mengemudi perahunya ke hilir Batu Hampar semula.
Datuk
Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali
semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan
mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh
runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.
Selepas
menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan
mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk
memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman.
Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan
sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela
masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.
Zahid
ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa
kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid
melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke
kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak
mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang
janji. Datuk Panglima Raja menembak ke arah askar sultan dan akhirnya
beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah
menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda
Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.
Mat
Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk
Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan
mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman
bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu
penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu
semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawanLubuk Terua semula.
Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan
oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang
sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak
Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari
Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung. Datuk
Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut.
Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian
itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas
berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan