HALAMAN 2

Isnin, 28 Januari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 5 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1



Bab 5 – Cita-cita dan Harapan

Sinopsis


       Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.


     Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.

Latar tempat:

Kawasan SM Teknik Seri Kayangan – Munir, Selvam dan Leong menunggu Ramlah dan rakan-rakannya ketika balik sekolah

Kedai Koperasi sekolah – Razali dan Ramlah sibuk menyusun barangan dan majalah.
 

Latar Masa:            
Tengah hari – Munir dan rakan-rakannya balik sekolah
                    Razali dan Ramlah sibuk bertugas di kedai koperasi


Watak: 
Razali
Ramlah     
Swee Lan
Munir
Cikgu Zulkifli

Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

Munir, Selvam dan Leong mengajak Ramlah Swee Lan dan Saridevi menonton filem pada petang itu tetapi ditolak dengan baik oleh mereka dengan kerana mereka merancang untuk  belajar di rumah Saridevi.

 Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah tetapi ditolak oleh Ramlah.

Razali cuba menasihati Munir dengan mengatakan tidak elok mereka bersurat-surat semasa masih belajar.



Nilai Mementingkan ilmu

Contohnya – Ramlah dan rakan-rakannya menolak ajakan Munir, Selvam dan Leong untuk menonton wayang kerana merancang untuk belajar di rumah Saridevi.





Nilai nasihat-menasihati

Kita hendaklah sentiasa menumpukan perhatian terhadap pelajaran semasa alam persekolahan supaya berjaya pada kemudian hari.

 .








Kita hendaklah saling menasihati ke arah kebaikan supaya berjaya pada kemudian hari.













Tiada ulasan: