BAB 6: SATU KETENTUAN
SINOPSIS
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti
PERSOALAN
1. Perbezaan minat dan cita-cita yang mengakibatkan perceraian.

Abdullah Kayan berpisah
hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat menerima sikap Abdullah Kayan
yang terlalu meminati dunia sastera yang dianggapnya hidup dalam khayalan
2. Kasih sayang dalam keluarga
Walid ayah tiri Haikal mengasihi
Haikal ddan merestui keputusan Haikal untuk ke kampung ayahnya dan berjanji memberi
perbelanjaan kepada Haikal sepanjang Haikal di sana.
NILAI NILAI MURNI
NILAI NILAI MURNI
1.
Nilai tegas pendirian
Umi tegas dengan
keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya
Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya
bagi mencari memori hidup ayahnya.
2.
Nilai Keberanian
Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
3.
Nilai tanggungjawab
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya.
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya.
4.
Nilai kasih sayang
Walid seorang ayah tiri menyayangi Haikal dan bersedia membekalkan
wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya.
5. Nilai Ketaatan
Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna
PENGAJARAN
1. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
Umi cuba memisahkan Haikal
daripada ayah kandungnya, namun Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya
2. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN
Haikal bertegas untuk menyusuri
kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu melukakan hati ibunya sehingga berlaku
pertengkaran apabila Haikal mahu pulang ke kampung ayahnya
3. KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI KEBENARAN
Haikal berani membuat keputusan
untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya demi
mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.
LATAR MASA
1. Selepas solat magrib
LATAR MASA
1. Selepas solat magrib
Haikal
dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk pulang ke
kampung ayahnya di Johor
2. Waktu Petang
Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung
arwah ayahnya.
1.
Gerai Ratna
Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh
menyesuaikan diri di kampung arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai
penglipur lara. Ratna mengingatkan
Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor nanti. Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke
stesen bas ekspres pada malam esok .
2.
Rumah Umi/Haikal
Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar. Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup ayah kandungnya.
LATAR MASYARAKAT

1. Golongan Peniaga
Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai
Batu Buruk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan