SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
Rangkap 1
|
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. |
Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di
Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab
suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap
agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu
anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan
anaknya sebagai mahasiswa di universiti
|
Rangkap 2
|
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. |
Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan
pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih
anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan
diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang
dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang
mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada
masa hadapan.
|
Rangkap 3
|
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. |
Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan
ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun,
penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas
di sana. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat
membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat
mengelakkan sikap negatif seperti sombong.
|
Rangkap 4
|
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah |
Penulis berhadap agar anak perempuannya yang
belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan
bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada
keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan
sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar
anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan
demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.
|
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Persoalan
(a) Kepentingan pendidikan demi masa depan
(b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.
(c) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.
(d) Cabaran hidup di bandar
(e) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa
(f) Nasihat ibu bapa kepada anak
C GAYA BAHASA
(a) Sinkope
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
Kulepaskan kau menjadi burung putih
Pandai-pandailah kau terbang
jangan kau pulang
(b) Responsi
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(c) Anafora
Buktinya, Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(d) Metafora
Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
(e) Perlambangan
kebebasanà- Buktinya, burung
kesedihan yang disebabkan oleh cabaranàsembilu
universititangga gading
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
menongkah awan mulus dan kabus dingin
D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Kesungguhan
(c) Kegigihan
(d) Ketabahan
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Berdikari
(h) Kesabaran
(i) Kebijaksanaan
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.
(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke bandar.
(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.
(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.
(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan
RANGKAP
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara
gading
|
Berdikari
|
Kita mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka
mampu untuk berdikari
|
Rangkap 2
|
Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk
menuntut ilmu di menara gading
|
Keberanian
|
Kita mestilah membenarkan anak-anak kita melanjutkan pelajaran di
tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman dalam hidup
|
Rangkap 3
|
Kehidupan di kampus yang banyak cabaran
|
Kecekalan
|
Kita mestilah cekal menghadapi dugaan hidup
|
Rangkap 4
|
Kemampu mengharungi kehidupan yang sukar.
Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran
|
Kerajinan
|
Kita mestilah rajin belajar
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan