Bab 1 – Tersingkap Rahsia
Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya menangis.
BAB 2 : Kisah
Seorang Teman
Suasana petang yang
amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati segelas teh
tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai.
Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di
hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna
itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak pernah berputus asa. Impian
Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia
juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi semangat kepadanya.
Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di
institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di
tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip
ayahnya sementara menunggu keputusan STPM. Kemudian, Haiqal mengajak Ratna
berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai.
Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya
bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun, Haiqal
akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya
tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina,
Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama dengan alamat
yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.
BAB 3 : Senaskah Manuskrip Lama
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata sehingga dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari dengan gembira. Apabila menyedari memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segeraberlari mendapatkan ayahnya. Keletahnya amat menghiburkan aku.
Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak
untuk didengar. Irama berentak jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih
berganti amat mengasyikkan. Aku mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih
berlatih menari zapin. Golongan vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh
mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Aku akan datang ke balai raya
untuk belajar meskipun aku tidak mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin,
kami akan duduk di warung Pak Dolah untuk bersembang-sembang.
Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku
berborak-borak dengan Tauke Lim . Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan
aku ketawa . Aku terus memuji Ai Ling yang mempunyai bakat dalam tarian zapin .
Aku bercadangkan kepada Tauke Lim untuk membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan
zapin kanak-kanak yang sedang aku asuh sekarang tetapi Ai Ling seorang yang
sangat pemalu .
Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan
teringat Aiman yang seusia dengannya . Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila
melihat Ai Ling . Ai Ling bukan sahaja periang malah manja .
Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup.
Mataku payah hendak lelap sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku
melaksanakan tugas, bersembang dengan Tauke Lim atau menulis puisi atau cerpen.
Ilham adakalanya datang dan adakalanya tiada.
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang
didiaminya sebenarnya dibeli daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu
merupakan kebun getah yang terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan
ayahku dan berbual-bual tentang kebun getah milik ayah . Sebelah malamnya pula
, ayah memberitahu ibu tentang kehadiran Tauke Lim ke sini . Ayah juga
bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia
akan membawa keluarganya ke rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah
tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan isterinya akan menoreh getah pada sebelah
pagi dan meronda untuk meraih hasil-hasil kampung untuk dijual pada sebelah
petang. Hasil kegigihannya,Tauke Lim dapat mengumpulkan wang dan membeli
setengah ekar kebun getah ayah untuk dijadikan tapak rumah yang kekal sehingga
hari ini.
Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke
Lim menetap di desa ini . Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di
Universiti Malaya dan Ai Ching akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah
tinggal di desa ini kerana hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah
ayahku amat menyayangi Ai Ling dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti
cucu sendiri kerana merekalah tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak tiada
. Aku teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku .
Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching
dan Ai Ling datang ke rumahku untuk memintaku menumpangkan anak-anaknya ke
sekolah dan memintaku membelikan bateri kereta . Aku menerima mereka dengan
senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah di sekolah kebangsaan kerana Tauke
Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina sama saja . Perkara yang
penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan perbualan dengan Ai Ling
dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah . Ai Ling menolak dengan baik kerana
tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling berjanji untuk meminta izin daripada ibu
bapanya setelah aku cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku
ke sekolah .
Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas
menuju ke bangunan kantin setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku
terhadap Aiman kembali menyerang . Jeritan loceng telah menyentap lamunanku .
Aku mengeluarkan barang-barangku dari perut kereta menuju ke bilik guru .
Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik
guru itu cikgu tipah menanda buku pelajarnya sambil membebel . Aku hanya
mendengar dan bercakap tentang pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku
asyik menyemak minit mesyuarat , cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut
cikgu Tipah , Ai Ling berminat hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan lebih
suka membaca buku kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku, ini
merupakan satu permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya.
Keadaan berlecak di tempat letak kereta rumah Tauke Lim menyebabkan
ketidakselesaan ketika sedang menukar bateri kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu
membuat rumah kereta supaya keadaan itu dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau
dengan Tauke Lim supaya menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada diri
tauke lim membuatkan pada fikirannya ia hanya membazir kerana dia tidak
berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak Aku utk ke pekan. Aku terlihat
senyuman Ai Ling semasa mengundurkan kereta namun senyuman Aiman juga yg lebih
manis berbanding senyuman Ai Ling. Sesampai mereka di kedai mamak itu, mereka
dapat melihat kedai itu sesak kerana kedai itu berdekatan dengan kawasan
perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada Aku tentang Aku yg mengajak Ai Ling
tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah. Tauke Lim segan kerana keluarga Aku
banyak membantu keluarganya. Aku menyatakan kesunyiannya kerana tiada keluarga
di sisi. Aku tidak mahu suasana menjadi hiba lalu bertanya kepada Tauke Lim
sama ada keluarganya dapat menghadirkan diri mereka utk ke latihan zapin dan
kompang kerana Aku tidak dapat mengikutinya. Keluarga Tauke Lim semestinya
menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
Lagu selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan
zapin dpurnama sememangnya mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg
menyaksikan latihan itu turut bertepuk tngn mengikut rentak lagu yg dimainkan .
Setelah dipujuk oleh tauke lim akhirnya aku juga turut menyertai mereka menari
bersama wak aruf , wak parmin , roslan dan ramli . Aku sempat menjeling ke arah
ai ling yang kelihatan ceria melihat aku menari . Setelah selesai latihan , pak
hj salam yg merupakan ketua kump zapin dpurnama berjumpa dengan aku tauke lim
dn bbrp rakan lain yang terlibat di ats pentas . Pak hj salam memberitahu
bahawa yb samsuri dan pegawai drps yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg
mereka dua minggu lagi . Jadi mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya
semua berjln lancar kerana rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn
diwartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Zapin ni juga akn
dipersembahkan kepada menteri besar pada bulan november . Mereka perlu buat yg
terbaik kerana ini sajalah peluang utk menghidupkan kumpulan dpurnama yg sudah
lebih 20 tahun terkubur . Hj kemat memintaku untuk menyiapkan atur cara
pembersahan nnt dn begitu juga paluan kompang utk menyambut yb samsuri dn
pegawai drpd yayasan itu . Tauke lim pula ingin menanggung kos perbelanjaan
untuk bahagian jamuan . Selepas bersurai , aku berbincang pula dengan roslan ,
ramli dan abg bakir . Aku meminta cadangan daripada abang bakir utk aturcara
majlis . Abg bakir mencadagkan supaya diadakan persembahan puisi sama ada
daripada anak muridnya ataupun dari dia sendiri kerana bakat yg ada tidak boleh
disimpan . Abang bakir memujuknya supaya tidak merajuk lagi . Adakah aku
merajuk ataupun sebenarnya aku telah tenggelam.
Aku melangkah pantas
ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana berbincang dengan Cikgu
Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling
tergolong dalam senarai nama murid yang memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai
Ling sedang menunggunya sambil membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi
dia takut untuk bertanding kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini .Aku
menyarankannya untuk belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke
rumahku bersama Ai Ching.Aku meminta Ai Ling membaca sajak yang dipilih
berulang kali manakala Ai Ching membaca majalah yang berada di atas meja
.Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku menyuruh dia berdiri untuk
menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak berputus asa untuk
melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana
mengajarnya.Setelah itu,mereka pulang.
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak
menjadi buah mulut penduduk kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung
Pak Dolah asbab kemenangan anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih
kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada segelintir penduduk kampung bertanya
kepadaku mengapa tidak meneruskan kebolehanku.Aku masih tiada jawapan sehingga
teringatkan kenangan manis ketika aku muda dahulu dan mengingatkan kembali
kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang menjadikan Ai Ling sebagai tumpangan
untuk mencurahkan kasih.
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan
zapin dihadapan YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema
sebaik YB Samsuri masuk.Yang membuat persembahan semua telah besedia.Majlis
bermula pada jam 9.30 malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan
sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan
persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi melengkapakan
peralatan dan pakaian zapin.Majlis diakhiri dengan lagu Gholiyabu.Kemudian
penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri menikmati juadah yang
disediakan .Mereka semua berpuas hati dengan majlis pada malam itu.Pihak
tertentu juga sedang mencari jalan bagi mendekatkan anak muda dengan kebudayaan
untuk menjadi pelapis mereka.
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12
tahun.Kesihatan diriku juga mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik
ke hospital.Namu tetap kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat
kesakitanku.Pada suatu petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku
mengajak Ai Ling duduk di sebatang pokok kelapa yang tumbang dan berbual
dengannya tentang sejarah hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu
mengenaiku.Semua perkara yang berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa
kehidupan initidak ubah seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah
hakikat yang harus ku telan.
Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana
Kampung Seri Purnama menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim dan Program Berkampung dan berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang
yang sibuk dalam majlis tersebut.Ai Ling juga giat berlatih untukmemantapkan
persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda rumah sambil menyemak buku draf
program.Suara alam sememangnya indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa
mendengar nyanyian.Aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling
datang membawa makanan kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan
berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa
saat-saat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling
bertanya kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya
kepadaku bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari
nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari
nanti Ai Ling akan mengerti juga.
Dua hari lagi majlis Sekampung Puisi akan
dijalankan. Balai raya dicat baharu. Pelbagai buku sastera dipamerkan di situ.
Puisi yang akan dibacakan juga dipaparkan. Gambar dan profil penulis karya
sastera tersohor tanah air juga dipamerkan. Pentas persembahan juga terhias
indah. Semua pemduduk kampung sibuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis
itu. Seandainya program itu berhasil, Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti
akan lahir di sini. Dalam waktu yang singkat, aku dapat menyiapkan puisi
tersebut. Sebahagian maniskrip sempat aku taip dan aku simpan dalam sekeping
sampul surat besar. Sakit kepala yang menyerang terpaksa aku tahan. Sebelum tidur,
aku menunaikan solat sunat kerana tetasa Allah begitu hampir denganku. Malam
itu, aku merasakan keanehan dalam diriku. Rinduku terhadap Aiman terlalu
mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku tatapi dan aku dakapkan ke dada.
"Aiman, ayah amat rindu Aiman. Datanglah Aiman". Aku terus menangis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan