. TEKNIK
PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK
·
TEKNIK
PEERIAN
Contohnya, pengarang menggambarkan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Hajah
Zaoyah pada waktu malam.
·
TEKNIK
DIALOG
Contohnya, perbualan antara Farid dengan
Tomsiah mengenai kedudukan kewangan Syarikat Batik Nusantara yang bergerak
perlahan dan kurang memberangsangkan.
·
TEKNIK IMBAS KEMBALI (FLASHBACK)
Contohnya, Farid teringat kembali akan
kata-kata bapanya bahawa dunia perniagaan tidak ubah seperti gelanggang
persilatan yang dipenuhi dengan sepak terajang dan dipenuhi faktor politik
dalam mengaut laba.
·
TEKNIK
IMBAS MUKA (FLASH FOWARD).
Contohnya,
Mukhtar membayangkan wajah Farid yang hanya menangis ketika berdepan dengan
masalah kurangnya pengalaman dan ilmu pengurusan perniagaan dalam menguruskan
perniagaan batik milik keluarganya itu
·
TEKNIK
SASPEN.
Contohnya,
pembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahui pemilik nombor telefon yang
diberikan olegh Tomsiah kepada Farid. Pembaca juga tertanya-tanya sebab Tomsiah
memberikan nombor telefon itu kepada Farid.
·
TEKNIK
KEJUTAN.
Contohnya,
pembaca terkejut dan tidak menyangka Masri akan bertindak menerpa ke arah
Mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting batik ke muka Mahmood yang
sedang mencekik leher baju Azmi untuk membenamkan kepalanya ke dalam kawah
lilin yang panas itu.
.
·
TEKNIK
MONOLOG.
Contohnya,
Farid bermonolog sendirian apabila memikirkan tanggungjawab besar yang perlu
dilaksanakan setelah dia dilantik untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara yang
sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan