PENGAJARAN :
1. Kita perlu
bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan
- contohnya Farid mengekalkan
sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki
jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki
motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih
selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika
makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di
warung biasa, bukan di hotel.
2. Kita hendaklah
memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan orang lain
- disebabkan
anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas
kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terfibat
dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan
jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih
terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara
diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut.
Malah, Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan
timbulnya perasaan cinta dalam hatinya.
3. Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang
memerlukan
- contohnya
Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa
terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap
murah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein
sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci”
jika mahu syarikatnya kukuh kembali.
4. Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah
- contohnya
ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha
memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan
banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab
memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga
Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya
tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana
tidak mahu moral pekerjanya terjejas.
5. Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat
- contohnya
ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid
telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan
silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera
datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.
6. Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas
- contohnya
Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik
walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya
kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.
Nilai
|
Contoh Peristiwa
|
Pengajaran
|
Nilai kesederhanaan
|
contohnya
Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan
walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin
berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah
ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa
memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.
|
Kita perlu bersikap
sederhana dalam menjalani kehidupan
|
Nilai Kasih Sayang
|
Contoh:
Disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun
hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah
terfibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat
kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang
masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara
diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. Malah,
Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya
perasaan cinta dalam hatinya.
|
Kita hendaklah
memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan orang lain
|
Nilai Baik Hati
|
contohnya
Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa
terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah
hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi
menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu
syarikatnya kukuh kembali.
|
3Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang
memerlukan
|
Nilai Rasional
|
contohnya
ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah
berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana
memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan
tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta
kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik.
Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti
biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.
|
Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah
|
Nilai Bantu-membantu
|
contohnya
ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid
telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan
silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera
datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.
|
Kita mestilah
mengamalkan sifat bantu-membantu dalam bermasyarakat
|
Nilai Kerajinan
|
contohnya
Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik
walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada
orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.
|
Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas
|
Nilai Ketabahan
|
Contoh:
Farid sentiasa tabah menghadapi cabaran dan dugaan demi memajukan
perusahaan Batik Nusantara
|
Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam
kehidupan agar Berjaya dalam kehidupan.
|
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan