BAB 4: Desakan Hati
SINOPSIS
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abdullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abdullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.

Dalam kekalutan
perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna
kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul.
Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak
tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi
sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara
Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat
daerah dan negeri.
Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya
uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari
kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya.
Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah
bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
PERSOALAN
1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK
PERSOALAN
1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK
Haikal bingung dan
tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal berasa kisah dalam
manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya. Haikal
keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama ada mahu
pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik manuskrip yang
dibacanya.
NILAI NILAI MURNI
1. Nilai Keprihatinan
Ratna begitu prihatin akan masalah yang
dihadapi Haikal dan mencadangkan Haikal beterus terang dengan uminya tentang
hasratnya hendak ke kampung ayahnya.
Haikal sangat prihatin
akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya,
2. Nilai Kejujuran
Ratna dengan jujur
memuji bakat sastera dalam diri Haikal.
Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.
3. Nilai Setiakawan
Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.
3. Nilai Setiakawan
Ratna seorang kawan yang setia dan akrab
dengan Haikal. Ratna sentiasa mendengar
keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati Haikal agar
merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya. Ratna sentiasa
member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi semuanya.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
1.
Kita mestilah prihatin
akan masalah orang yang di sekeliling kita.
Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah
Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah
2.
Kita
mesti jujur dalam persahabatan
Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya.
LATAR LATAR MASA
Waktu malam.
Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan
masalahnya tentang manuskrip ayahnya yang baru selesai dibacanya
LATAR TEMPAT
1. Rumah ibu Haikal
Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa
dengan kawannya pada malam itu.
2.
Gerai Ratna di Pantai
Batu Buruk
Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti sejarah hidupnya sendiri
Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti sejarah hidupnya sendiri
LATAR MASYARAKAT
1.
Golongan peniaga
Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik .Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik .Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
2.
Gologan pencinta Sastera.
Haikal berbakat dalam
penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi pertandingan menulis puisi dan
cerpen di peringkat daerah dan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan