HALAMAN 2

Sabtu, 1 Jun 2013

SINOPSIS NOVEL ISTANA MENANTI- BAB 1 - BAB 4 - LATIHAN KENDIRI (MODUL ISI TEMPAT KOSONG)

                             

                                    ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1-ISTANA MENANTI 




 Objektif: 1. Pelajar akan membaca bab yang diarahkan 
                2. Mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk
                    melengkapkan sinopsis setiap bab.

 Arahan: 

 Baca Bab 1 hinggA 4, Novel Istana Menanti 
 Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan sinopsis
 Jawapan boleh diperoleh dalam bab-bab tersebut sahaja.


 ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI - BAB 1


1. Tiga orang sahabat iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng telah mengunjungi rumah Tuk Ngah iaitu Seorang lelaki tua yang tinggal di ________________________ dan berusia hampir __________. Mereka telah mendengar dengan penuh minat cerita dripada Tuk Ngah tentang kewujudan Istana Menanti yang berada di ______________________. 

2. Istana Menanti merupakan artifak peninggalan sejarah yang sungguh benilai kerana dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting. Antaranya Istana Menanti dikaitkan dengan kedatangan orang _______________ di negeri Sembilan dan _______________________ yang masih diamalkan terutama di _____________________.
 3. Selain itu Istana Menanti juga pernah dijadikan tempat persembunyian ________________________ yang berundur dari negeri Melaka setelah dikalahkan oleh _____________________ pada tahun _______. 
4. ________________________ telah menyelamatkan Sultan Melaka dan dibawa ke Gunung Datuk lalu didirikan sebuah istana untuk baginda yang dipanggil Istana Menanti. 
5. Beberapa kejadian yang cuba untuk memusnahkan istana itu namun tidak berjaya. Antaranya ________________ cuba membakar istana itu setelah mengetahui Sultan bersembunyi di situ.
 6. Istana itu juga pernah cuba dirobohkan oleh __________________ . 
7. Semasa serangan __________pada tahun __________, Istana Menanti telah dihujani bom tetapi tidak musnah dan wujud sampai sekarang.
 8. Istana yang berusia ___________________ dikatakan dibina oleh ________________________ dan juga _________________________________ serta dijaga oleh _____________________________. Maklumat ini sangat menarik hati tiga orang sahabat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Istana Menanti.
 9. Namun kewujudan istana itu kini terbiar bertahun-tahun sehingga kawasan sekitarnya dipenuhi dengan ________________________________ dan mungkin didiami oleh makhluk _________________ kerana terlalu lama ditinggalkan oleh manusia. 
10. Dalam usaha untuk mencari Istana lama itu, ramai pelancong telah sesat di puncak Gunung Datuk kerana tiada ___________________, Namun ada yang bernasib baik menjumpai istana itu dan dapat menjumpai _______________________________________________yang sangat berharga. 
 11. Remaja tiga bersahabat itu semakin berminat untuk mengetahui keistimewaan Istana Menanti . Dengan bantuan Tuk Ngah, mereka telah melukis _____________ jalan-jalan menuju ke sana. Menurut Tuk Ngah untuk sampai ke Istana Menanti yang terletak betul-betul di puncak Gunung Datuk, mereka terpaksa mengikut jalan _____________________________ dan perjalanan pergi hendaklah menuju ke arah __________________________ manakala semasa balik pula menghala ke arah _________________________________. 
12. Maklumat terakhir tentang keistimewaan istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah ialah istana lama itu menjadi tempat ________________________ berlindung semasa penjajahan Jepun.


 ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI 

 BAB2 – SEJARAH REMBAU DI NEGERI SEMBILAN 

1. Istana Menanti mempunyai kaitan dengan sejarah Rembau yang namanya berasal daripada pokok ___________. _______________yang ingin mendiami kawasan di kaki Gunung Datuk telah berjaya menebang pokok tersebut yang apabila tumbang, pucuknya jatuh hingga ke Sungai Ujung yang sekarang dikenali sebagai _____________. 

2. Istana Menanti juga merupakan istana yang pertama dibina di _________________yang berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Mereka telah datang ke Tanah Melayu sejak _____________________ melalui ____________dan kebanyakannya tinggal di _________.
 3. Negeri Sembilan telah masuk di bawah jajahan _____________apabila jajahan Melaka jatuh ke tangan _____________. Untuk mengawasi Negeri Sembilan daripada pengaruh orang _________ Raja Minangkabau telah menghantar ________________ untuk memerintah Negeri Sembilan. Baginda telah bersemayam di _____________ dan kemudiannya kekal bersemayam di ___________________
 4. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk sebagai satu strategi untuk mengelakkan serangan musuh seperti ___________ dan ____________ yang menggunakan sungai untuk memburu pahlawan-pahlawan Melayu. 
5. Namun, negeri Melaka telah jatuh ke tangan orang Portugis kerana sikap pembesar-pembesar Melayu yang bukan sahaja ____________________ malah ada pembesar istana yang __________________ serta _________________. 
6. Ketiga-tiga remaja bersahabat itu bertekad untuk pergi melihat istana lama itu walaupun Nek Timah memberi amaran bahawa istana itu _____________ dan mempunyai sebuah _____________ di bawah istana tersebut yang boleh memerangkap orang yang termasuk ke dalamnya. 
7. Memandangkan mereka sangat berminat untuk mengkaji sejarah istana lama itu, Tuk Ngah telah berjanji untuk ________________________________________ menyebabkan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng gembira mendengarnya. 


ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI BAB 3 – SEJARAH ISTANA MENANTI  

1. Ketiga-tiga remaja itu tidak sabar-sabar untuk melihat Istana Menanti lebih dekat kerana istana tersebut banyak meninggalkan kesan sejarah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke negeri Sembilan, ________________________, ___________________________, dan ____________________________ . Mereka mengambil keputusan utnuk pergi pada ________________________.
 2. Kajian sejarah juga menunjukkan, semasa ___________________ berlaku pada tahun 1831, orang Rembau telah membantu _______________ menentang orang Inggeris sehingga beroleh kemenangan, namun pada tahun 1832 dalam _________________ orang Rembau tidak dapat membantu menyebabkan Inggeris berjaya menakluki _________________. 
 3. Istana Menanti mempunyai kaitan dengan peristiwa sejarah tersebut kerana istana ini menjadi tempat pertama bersemayamnya _________________ sebelum berpindah ke _________________ dan selain itu istana lama itu juga menjadi tempat perkumpulan _________________dalam usaha mereka menentang penaklukan ___________dan _________, pahlawan-pahlawan Melayu juga menjadikan istana lama itu sebagai ________________________________. 


 ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI BAB 4 – PERANG BUKIT PUTUS 

1. Istana Menanti juga mempunyai kaitan dengan peristiwa sejarah perang Bukit putus yang berlaku pada _____________. Peperangan ini berlaku antara Inggeris dengan para pengikut ___________ diketuai oleh ______________di _________. 
2. Istana Menanti telah menjadi _________________ kedua-dua orang pahlawan Melayu tersebut sebelum mereka pergi ke Johor untuk __________________. Dengan bantuan Sultan Johor, akhirnya ______________ dapat memerintah semula melalui perjanjian dengan pihak_____________ pada 1 Januari 1877 dan beliau balik semula ke ____________. 
3. Mereka telah membuat perancangan yang rapi untuk pergi melihat Istana Menanti pada ______________ jam ____________ dengan ditemani oleh tuk Ngah. -




                                                        Sila Semak Jawapan Yang Akan Diberi Kemudian 


Tiada ulasan: