HALAMAN 2

Isnin, 17 Jun 2013

10 MASJID TERCANTIK DI MALAYSIA !!

  
Kali ini cikgu nak kongsi info tentang 10 masjid yang tercantik di negara kita yang bertuah ini..Marilah bersama-sama kita mengucapkan doa dan kesyukuran kerana di negara kita yang aman damai dan indah permai ini kita boleh beribadat dengan mudah, selesa aman dan tenteram.. BERSYUKURLAH..atas segala nikmat yang telah dikurniakanNYA...

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


[Image: msza.jpg]
            


      Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap 
sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali 

ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara. 

Direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 

6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili 

kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. Masjid Besi mempunyai 

keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun 

alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk 

(gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut 

menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau 

Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat 

daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter. Uniknya, dinding mihrab

ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu 

menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan 

itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi 

bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat

di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.




                                     Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 


[Image: mss.jpg]
Merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Masjid Negeri Selangor Darul

Ehsan ini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di 

negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 

1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah. Masjid ini mempunyai kubah yang 

terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. 

Merupakan menara masjid kedua tertinggi di dunia. Pembinaan masjid 

menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras 

bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah 

dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan 

aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak

akan karat dan tahan beratus tahun.



Dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu 

kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. 

Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. Setiap 

tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif. Ada tiga pintu masuk. Pintu 

masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan 

air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan. Paip

air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu 

menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. 

Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan 

elektrik. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. 

Bernilai 18 juta.




Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

[Image: sabm.jpg]      


















            Merupakan masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. 
Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar 

pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil 

sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah 

menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan 

lebih dari $400,000. Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil 

di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara 

yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat 

terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan 

empat persegi di bawah serta berkubah.


      Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat. Seni 

bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin 

Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin 

Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa

jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan 

besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung

abad ke-19. Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh 

ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah 

anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.



                                                   Masjid Zahir



[Image: 3344861272_40caef78b9_z.jpg]
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid 

Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar 

raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia 

merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. 

Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan 

ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang 

melambangkan lima rukan Islam. Dibina pada tahun 1912, masjid ini pada 

asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa 

mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini 

diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Upacara 

perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh DYMM 

Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca 

khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan 

solat Jumaat. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri 
Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.



Masjid Tengku Tengah Zaharah


[Image: 2359514255_1baf29a0f7_z.jpg]


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan 

sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan TerengganuSultan Mahmud Al-Muktafi 

Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia 

Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. 

Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan

masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara 

Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di 

Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, 

masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan 

hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari 

permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut 

China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan 

mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam 

suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.


Masjid Muhammadi


[Image: 5113549166_768133bd9d_z.jpg]


Masjid Muhammadi merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. 

Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang 

sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid

Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan. Pada asalnya masjid ini 

diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina 

pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886)

dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan 

masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 

1922 dan telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni 

Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai 

Masjid Muhammadi.

Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh 

memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah. Peranan Masjid Muhammadi di 

dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di 

sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai 

ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan

(1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini

mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana

pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat 

pengajian di masjid ini. Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama 

yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi 

Mekah".


Masjid Negeri Sabah


[Image: 4103377168_7c06238994_z.jpg]


Masjid Negeri Sabah merupakan masjid negeri bagi negeri Sabah. Masjid 

ini dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan strategik 

bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di masjid 

inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya 

tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Fuad Stephens (Donald 

Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Rafae, Tun Said 

Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.


Masjid Ubudiah

[Image: 2180855720_28fb17e054_z.jpg]


Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 

Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan

simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah 

emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. 

Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah 

Shah pada tahun 1917. Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah

yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah 

merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar 

nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. 


Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul 

Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, 

Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid 

ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil

Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.



Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadikan Masjid 

Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu 

tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.



Masjid ini berbentuk oktagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 

kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana 

tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. 

Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu 

marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.



Masjid Putra

[Image: 4135221108_f359e02443_z.jpg]


Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini 

merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan 

sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul 

Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan 

disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan

belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 

ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan 

Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana 

Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik 

Putrajaya.



Masjid Wilayah Persekutuan

[Image: 3900078222_568e196c09_z.jpg]


Pembinaan masjid ini direalisasikan pada tahun 1996 dan siap dibina pada

tahun 2000. Masjid ini terletak di di sebuah kawasan berbukit di Jalan 

Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. 

Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan menggunakan konsep tradisi 

masjid-masjid Othmaniah di Turki. Boleh menampung seramai 17,000 orang 

jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah 

kira-kira 47,000 meter persegi. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, 

masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.

Tiada ulasan: